AS Roma dan Chelsea sedang berunding perpindahan secara pinjaman untuk Romelu Lukaku, menurut laporan Fabrizio Romano.

Baca Juga:

Sebelum ini Chelsea sudah memberitahu kelab yang mahukan Lukaku terutama sekali Inter Milan dan Juventus, bahawa The Blues tidak menerima sebarang usaha mendapatkan pemain itu secara pinjaman.

Ini kerana Lukaku sudah dipinjamkan ke Inter Milan musim lalu. Tetapi rundingan dengan Inter gagal selepas Lukaku diketahui berunding dengan Juventus.

Juventus pula tidak dapat membeli Lukaku kerana terus gagal menjual Dusan Vlahovic.

Kini Chelsea sedia menukar polisi mereka ke atas Lukaku. Dengan jendela perpindahan tinggal beberapa hari sahaja lagi, Lukaku masih belum dapat dijual ke mana mana kelab.

Lukaku hanya mahu bermain di Eropah. Dan dia tidak setuju dijual ke Arab Saudi sebelum ini.

AS Roma menawarkan €5 juta kepada Chelsea untuk meminjam Lukaku. Walaupun sebelum ini Matt Law menegaskan bahawa Chelsea meminta sekitar €10 juta untuk pinjaman semusim.

Rundingan kini masih agak rumit pada permintaan gaji. Lukaku perlu menerima pemotongan gajinya di Roma ketika pinjaman ini kerana Chelsea enggan terlibat dalam membayar sebahagian gaji beliau.

Adakah Lukaku akan menyertai AS Roma secara pinjaman?

Ianya pasti akan menjadi perpindahan yang menarik untuk Mourinho yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Lukaku di Man United.

Namun selepas itu Mourinho mendedahkan sebenarnya dia mahukan Morata tetapi Lukaku adalah pilihan kelab pada masa itu.

Nama Lukaku tiada langsung dalam perancangan Pochettino. Malah tidak diberikan nombor skuad sekalipun. Ini kerana dia sudah menyatakan kepada Pochettino dia tidak mahu bermain untuk Chelsea.

Lukaku malah diasingkan daripada skuad utama Chelsea sekarang kerana Pochettino tidak mahu pemain itu menjadi toksik dalam pasukannya.

AS Roma memang sedang mencari penyerang. Mereka malah dikaitkan dengan Mason Greenwood sebelum ini.