Chelsea dilaporkan tidak akan membayar Brighton dengan nilai £80 juta untuk Moises Caicedo. Ini kerana mereka yakin pemain itu tidak bernilai setinggi itu.

Baca Juga:

Brighton sebelum ini sudah mengesahkan bahawa Caicedo dan Alexis Mac Allister dibenarkan untuk berpindah pada jendela perpindahan kali ini.

Dengan Mac Allister sudah sah menjadi milik Liverpool.

Kini kelab itu sedia menjual Moises Caicedo yang menarik minat Chelsea, Arsenal dan Man United.

Namun Chelsea sebenarnya sudah mengorak langkah yang dianggap ‘advance’ dalam rundingan mendapatkan Caicedo.

Caicedo menjadi sasaran Chelsea selepas kelab itu kehilangan pemain seperti N’golo Kante dan juga Mateo Kovacic di bahagian tengah.

Chelsea malah berusaha untuk menjual Mason Mount yang tidak melanjutkan kontrak baharunya di Stamford Bridge.

Caicedo sudah lama menjadi sasaran Chelsea, sejak era Graham Potter menjadi pengurus lagi.

Brighton sebelum ini meletakkan tanda harga £100 juta untuk pemain itu. Namun sedia mendengar tawaran £80 juta untuk pemain tersebut.

Malangnya Chelsea sudah ada valuasi harga mereka sendiri dan tidak sanggup membayar angka yang dianggap tidak munasabah itu.

Chelsea sebelum ini dilaporkan sedia membayar £80 juta dengan pecahan £70 juta + £10 juta.

Namun terbaru wartawan CBS Sports, Ben Jacobs menegaskan bahawa kelab itu sedia menawarkan tawaran permulaan lebih rendah daripada angka tersebut.

Menguatkan lagi laporan bahawa Chelsea memang tidak akan melayan permintaan Brighton yang mahu memulakan rundingan dengan harga pembukaan £80 juta.