Inter Milan kekal yakin untuk mendapatkan Romelu Lukaku secara pinjaman.

Dan pada masa yang sama, Chelsea dikatakan sudah menyampah dan kecewa dengan cara Lukaku meletakkan kelab mereka dalam masalah. Ini termasuk wawancara kontroversinya pada awal musim lalu.

Kemudian,  Lukaku mendesak perpindahan ke Inter dan menghubungi beberapa orang di sana menyatakan tentang hasratnya membuatkan Chelsea tidak dapat melepaskan pemain itu dengan nilai yang lebih baik daripada yang mereka inginkan.

Inter sebelum ini menawarkan pinjaman €7 juta termasuk bonus – untuk musim ini dengan obligasi pembelian tetap. Angka itu dianggap terlalu rendah.

Tetapi Chelsea difahamkan benar benar bersedia untuk membenarkan Lukaku yang mereka rekrut dengan nilai £98 juta (€114 juta) untuk kembali ke Inter pada musim panas ini, tetapi rundingan masih diteruskan mengenai yuran pinjaman.

Dan Inter telah meningkatkan pakej mereka kepada €8 juta termasuk bonus untuk meminjam Lukaku.

The Blues mengekalkan minat mereka terhadap Raheem Sterling dari Manchester City, yang kontraknya akan tamat pada musim panas 2023.

Lukaku mungkin telah menamatkan tempoh sulungnya di Chelsea sebagai penjaring terbanyak, tetapi pemain berusia 29 tahun itu menimbulkan kontroversi beberapa kali, terutamanya dalam temu bual dengan TV Itali yang mendedahkan ketidakpuasan hati di Stamford Bridge.

Penyerang Belgium Lukaku mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada peminat Chelsea pada Januari selepas wawancara itu menjadi sensasi dan panas.

Pemilik baharu Chelsea sudah bersedia untuk membenarkan Lukaku kembali ke bekas kelab Inter, memberikan bos Thomas Tuchel untuk membina semula barisan serangan Chelsea.

Sterling 77 kaps bersama England, difahamkan terbuka untuk meninggalkan City, dengan tarikan untuk duduk semula di London, yang merupakan bandar kelahirannya.

Intensiti dan pergerakan Sterling dianggap sesuai dengan barisan Chelsea yang mencari lebih fluiditi di barisan hadapannya, walaupun The Blues juga masih akan mencari pengganti yang lebih langsung (direct) untuk Lukaku.

Pemilik bersama baharu Chelsea, Todd Boehly akan menggantikan Bruce Buck sebagai pengerusi Blues pada akhir bulan ini. Dia juga akan mengetuai urusan jual beli pemain selepas Marina Granovskaia dilepaskan daripada jawatannya.

Selain daripada Raheem Sterling, pertahanan Sevilla, Jules Kunde masih berada dalam radar Chelsea.