Chelsea dilaporkan berminat mendapatkan Cristiano Ronaldo. Pada awalnya, Tuchel tidak begitu suka dengan idea membawa Ronaldo ke Stamford Bridge. Namun selepas Lukaku pergi secara pinjaman, beliau dikatakan terbuka dengan cadangan tersebut.
Bulan lalu Todd Boehly dilaporkan berjumpa sendiri dengan Jorge Mendes yang merupakan ejen kepada Ronaldo. Pada ketika itulah Mendes menawarkan Ronaldo kepada Chelsea.
Pemilik bersama Chelsea iaitu Todd Boehly sudah tertarik dengan idea tersebut. Mereka buat masa ini memantau dahulu situasi melibatkan Ronaldo dan tidak menolak kemungkinan akan memulakan bidaan.
🚨 EXCL: Chelsea considering Cristiano Ronaldo move. Man Utd currently say not for sale but #CFC monitoring & not ruling out. Mendes talks continue – Boehly/Eghbali intrigued by idea. Tuchel admires 37yo but unclear if he would approve @TheAthleticUK #MUFC https://t.co/oFgWSX1b8q
— David Ornstein (@David_Ornstein) July 4, 2022
Ronaldo mengejutkan ramai pihak apabila dia menghantar permohonan untuk berhijrah dari Manchester United jika ada tawaran yang memuaskan kelab.
Ronaldo meminta pengecualian daripada melapor diri pada hari pertama kem pra musim Manchester United. Ini kerana dia ada masalah keluarga, dan kelab menerima alasannya.
Ronaldo menjadi perhatian banyak kelab. Ini termasuk AS Roma dan Napoli. Tetapi pemain itu dikatakan lebih memilih untuk ke Bayern Munich menggantikan Robert Lewandowski.
Masalah paling besar Bayern adalah gaji Ronaldo yang setinggi GBP510 ribu seminggu. Ianya jauh daripada gaji maksimum dalam struktur gaji Bayern ketika ini.
Seterusnya, Chelsea menawarkan pakej bayaran lebih tinggi dan sedia membayar gaji Ronaldo yang sedia ada.
Ronaldo mahu mencari kelab yang bermain di UCL dan pada masa yang sama berpotensi menawarkannya kejuaraan piala pada musim hadapan.
Di mana Ronaldo tidak yakin Man United akan mampu melakukannya. Dia juga mahu sentiasa beraksi di UCL selaku pemain yang digelar Mr. UCL oleh media.