Chelsea kini mahukan Marc Guehi kembali ke kelab itu berbanding membida Harry Maguire dari Manchester United.

Baca Juga:

Sebelum ini Chelsea dilaporkan mempertimbangkan untuk mendapatkan Harry Maguire dari Man United. Namun usaha itu nampaknya tidak diteruskan kerana mereka mahukan bekas pemain akademi mereka Marc Guehi.

Kecederaan ACL yang dialami Wesley Fofana membuatkan Chelsea benar benar serius mahukan bek tengah Crystal Palace, Marc Guehi kembali semula ke kelab itu.

Namun Crystal Palace pastinya akan meletakkan harga tinggi itu pemain tersebut yang mereka tandatangani dengan nilai £18 juta dari Chelsea pada 2021.

Pemain tersebut menjadi antara pemain paling menyerlah di EPL sejak menyertai Palace. Dia malah dalam landasan terbaik untuk mewakili England pada Euro 2024 akan datang.

Chelsea sebelum ini sudah menjual Kalidou Koulibaly dan melepaskan Cesar Azplicueta yang boleh menjadi bidan terjun di mana mana posisi pertahanan.

Koulibaly membuka akaun jaringannya bersama Chelsea. Kredit Foto: Chelsea Football Club

Chelsea masih ada pilihan, Thiago Silva, Levi Colwill dan Trevor Chalobah.

Namun Colwill sedang berusaha untuk meninggalkan kelab itu dan Thiago Silva akan berusia 39 tahun pada September akan datang.

Situasi bek tengah di Chelsea membuatkan kelab itu mempertimbangkan untuk mendapatkan Harry Maguire sebelum ini. Ianya selepas Man United sedia menjual bekas kapten mereka itu.

Namun kini The Blues tidak lagi berminat dengan Harry Maguire sebaliknya yakin dengan Marc Guehi adalah pilihan yang lebih baik.

Palace meletakkan tanda harga £50 juta untuk pemain itu. Di mana Chelsea tidak berhak menerima klausa bonus atas jualan Guehi jika mereka membeli pemain itu.

Klausa bonus jualan 20% yang ada pada perjanjian dengan Palace, sebagai bonus pembangunan akademi, hanya terpakai jika Guehi dijual ke kelab selain Chelsea.