Chelsea dilaporkan terdesak mahu jual Marc Cucurella pada jendela perpindahan kali ini.

Baca Juga:

Ini selepas pengurus baharu Chelsea, Mauricio Pochettino lebih yakin dengan Ben Chilwell serta pemain muda Ian Maatsen berbanding Cucurella.

Marc Cucurella baru sahaja menyertai Chelsea semusim. Dia dibeli dari Brighton dengan nilai sekitar £56 juta pada musim lalu. Dengan terdapat bonus tambahan mencecah £7 juta pada kontrak beli pemain tersebut.

Sejak menyertai Chelsea, Marc Cucurella dianggap gagal menepati harapan tinggi yang diletakkan kepadanya. Dia juga sering dikritik kerana kurang kreativiti dan seringkali bergelut dalam aspek bertahan.

Dia malah pernah diejek oleh penyokong Chelsea sendiri.

Marc Cucurella sebelum itu diundi sebagai pemain terbaik tahunan untuk Brighton. Namun di Chelsea ternyata tekanan yang berbeza untuk pemain tersebut hadapi.

Berita Chelsea mahu jual Marc Cucurella itu menarik perhatian Tottenham Hotspur.

Pengurus baharu Spurs, Ange Postecoglu dilaporkan berminat untuk mendapatkan Marc Cucurella.

Postecoglu menganggap Cucurella pemain yang sangat tepat dengan sistem permainan yang mahu diterapkannya di Spurs pada musim ini.

Postecoglu mahu bermain dengan sistem inverted fullback dengan Cucurella dianggap memiliki ciri ciri yang diperlukan.

Walaubagaimanapun, Marc Cucurella dilaporkan masih mahu terus kekal bersama Chelsea dan berharap dia akan dapat membuktikan kualiti sebenarnya pada musim keduanya bersama The Blues.

Chelsea berterusan cuba ‘mencuci gudang’ mereka pada jendela perpindahan kali ini. Mereka aktif menjual pemain pemain mereka yang dianggap tidak sesuai dengan taktikal Mauricio Pochettino.