Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea semalam mengumumkan akan melantik seorang wakil penyokong untuk menghadiri mesyuarat lembaga pengarah bermula bulan Julai ini bagi membincangkan mengenai isu penyertaan ke Liga Super Eropah (ESL) selepas kelab itu dikecam hebat.
Peminat The Blues sebelum ini melakukan protes dan membuat bantahan terhadap penglibatan pasukan kesayangan mereka dalam projek ESL.
Chelsea mengambil langkah susulan untuk menambat semula hati peminat dengan memilih tiga penasihat daripada kumpulan penyokong untuk membawa suara mereka dalam mesyuarat lembaga pengarah.
Mereka akan menghadiri empat mesyuarat setahun bagi memastikan pandangan penyokong diambil kira dalam semua keputusan kelab.
“Kelab ingin mengumumkan, bermula 1 Julai, akan ada kehadiran penyokong di mesyuarat lembaga pengarah.
“Kelab akan meminta pandangan Forum Peminat dan beberapa kumpulan penyokong tidak rasmi bagi membantu proses pemilihan tiga wakil penasihat itu.
“Kriteria pencalonan serta pemilihan akhir akan memastikan kehadiran penasihat berkenaan mewakili suara semua penyokong. Pemilihan baharu akan dibuat sebelum permulaan setiap musim,” kata Chelsea dalam satu kenyataan.
Chelsea have decided to include fans in board meetings from July 1 to ensure "supporter sentiment" is considered in decision-making.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 4, 2021
Bagaimanapun, wakil penyokong ini tidak akan diberi hak undian dan tidak dibenarkan terlibat dalam apa-apa mesyuarat melibatkan pemain, staff, akademi dan hal berkaitan dalam padang.
Kelab itu mengesahkan satu pemilihan akan dibuat sebelum bermula musim baharu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah.
UCL: Guardiola Dedahkan Rahsia Kemaraan City Kerana Percaya Pada Proses Sejak 5 Tahun Lalu
RASMI: Mourinho Pengurus Baharu Roma Musim Depan, Mahu Bina Projek Kemenangan Konsisten
United Sedia Tawar Kontrak Baharu, Raiola Mahu Pastikan Pogba Dapat £400K Seminggu