Chelsea menyatakan mereka sangat kecewa dengan Thomas Tuchel yang secara terbuka mahu mengambil seorang staf kejurulatihan mereka, Anthony Barry.
Baca Juga:
- Chelsea Sedia Menamatkan Kontrak Aubameyang Kerana Kelakuannya Ini
- RASMI: Bayern Munich Umum Thomas Tuchel Sebagai Pengganti Nagelsmann
- Bayern Munich Bakal Pecat Nagelsmann Dan Lantik Tuchel
Dalam sidang medianya bersama dengan Bayern, Tuchel menegaskan bahawa dia mahu membawa seorang lagi jurulatih dari Chelsea iaitu Anthony Barry.
Tuchel malah menyatakan bahawa dia yakin akan mampu memujuk jurulatih itu menyertainya di Bayern.
Tuchel berkata: “Staf kejurulatihan saya masih tidak bersiap sedia lagi, jadi terima kasih kepada keluarga mereka untuk fleksibiliti mereka.”
“Arno Michels dan Zsolt Low, telah bekerjasama dengan saya selama 10 tahun, akan berada di sana [pusat latihan Bayern].”
“Kami berharap akan menambah nama Anthony Barry, yang kini berada di Chelsea.”
Tuchel: "My coaching staff wasn't prepared either, so a big thank you to their families for their flexibility. Arno Michels and Zsolt Löw, who have been working with me for over ten years, will be there. We're hoping to add Anthony Barry, who is currently at Chelsea." pic.twitter.com/ZQyPcZcQZ7
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) March 25, 2023
Selepas itu, Barry telah menghantar surat perletakan jawatannya di Chelsea. Namun ianya ditolak setakat ini.
Kerana Chelsea mahukan pampasan, jika jurulatih itu mahu menyertai Tuchel di Bayern Munich.
Anthony Barry banyak membantu Tuchel ketika di England. Dia jurulatih muda yang baru berusia 36 tahun.
Anthony Barry dilantik menjadi pembantu Tuchel pada 2020, merupakan bekas pemain Wrexham dan Coventry.
Selain itu, Barry pernah menjadi staf kejurulatihan di Belgium dan Ireland.
Ketika ini dia sedang membantu Roberto Martinez dalam usaha membentuk pasukan kebangsaan Portugal.
Dia diberikan kebenaran untuk melakukan 2 tugasan pada satu masa yang sama.
🚨 Anthony Barry:
"I would like to announce I have joined the Portuguese National team as assistant coach along side my role at Chelsea. I would like to thank the Belgian federation for my time with them and wish them the best of luck in the future."#CFC
(IG- anthonybarry4) pic.twitter.com/4ky5s1A1ig
— Chelsea Dodgers (@TheBlueDodger) February 8, 2023
Chelsea merasakan bahawa Anthony Barry sebagai staf penting dalam kejurulatihan mereka oleh sebab itu mereka kecewa dengan Tuchel. Kerana dia seolah olah menganggu fokus jurulatih tersebut.
Dan tidak mahu sewenang wenang membenarkan dia pergi secara percuma.
Kedua dua kelab dilaporkan sedang berunding untuk bayaran pampasan harga jurulatih tersebut.