Chelsea rasminya dinobatkan sebagai juara dunia selepas menewaskan Palmeiras dalam aksi final Piala Dunia kelab.
Perlawanan di antara kedua dua pasukan berlangsung sengit. Dengan aksi balas membalas serangan.
Chelsea yang pernah pulang hampa pada edisi 2012, memastikan kali ini piala dunia kelab itu berada dalam kabinet mereka.
Pengurus Chelsea Thomas Tuchel mendedikasikan kemenangan pertama Piala Dunia Kelab pasukannya kepada pemilik Roman Abramovich selepas kemenangan pada masa ekstra tambahan menentang pasukan Brazil, Palmeiras.
Penalti pada minit ke-117 di Abu Dhabi oleh Kai Havertz – yang juga menjaringkan gol dalam final juara Liga Juara-Juara 2021 – bermakna The Blues kini telah memenangi setiap trofi yang mungkin di bawah pemilikan jutawan Rusia itu.
Picture perfect. 👌 pic.twitter.com/UUG68eob8N
— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 12, 2022
Romelu Lukaku membuka tirai jaringan dengan tandukan pada separuh masa kedua sebelum Raphael Veiga menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.
Pemain pertahanan Palmeiras, Luan dibuang padang pada masa ekstra ketika The Blues memastikan kemenangan milik mereka.
“Ia untuknya, tidak syak lagi ia untuknya,” kata Tuchel tentang Abramovich.
“Kami bertemu dengan segera di atas padang selepas perlawanan akhir, dia berkata ‘tahniah’ dan saya berkata ‘tahniah, ini untuk anda, kelab anda dan input anda serta semangat anda yang memungkinkan ini semua’ dan saya gembira menjadi sebahagian daripadanya.”
“Jadi sudah tentu trofi itu untuknya.”
Sama seperti dalam kemenangan separuh akhir menentang Al-Hilal, Chelsea mendominasi penguasaan bola tetapi bergelut untuk mencipta peluang.
Keadaan dilihat semakin sukar apabila Mason Mount dipaksa keluar kerana kecederaan, sama seperti dia dalam perlawanan Piala FA mereka dengan Plymouth.
Palmeiras jelas menikmati detik mereka menerusi serangan daripada Rony dan Dudu. Namun malangnya mereka tidak mencipta peluang yang mencukupi.
Kemudian sembilan minit selepas rehat, Lukaku akhirnya memecah kebuntuan apabila Callum Hudson-Odoi menghantar hantaran lintang pertamanya dan penyerang Belgium itu melakukan tandukan melepasi Weverton.
Romelu Lukaku has now scored more goals (10) than any other Chelsea player across all competitions this season.
Into double figures. 💪 pic.twitter.com/jdyDU2wPvb
— Squawka (@Squawka) February 12, 2022
Christian Pulisic, pengganti kepada Mount, hampir menambah gol dengan sepakan dari jarak jauh selepas tindakan pintar dari Lukaku ketika pasukan Inggeris itu berusaha untuk mengukuhkan kawalan mereka.
Tetapi hanya ketika sejam aksi, Palmeiras menyamakan kedudukan apabila Thiago Silva diadili telah melakukan kesalahan di dalam kotak penalti selepas diperiksa VAR.
Veiga menyempurnakan penalti dengan tenang untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Dengan penentuan sepakan penalti semakin hampir, Chelsea memperoleh trofi dengan sepakan penalti oleh Kai Havertz .
VAR digunakan untuk memeriksa sama ada Luan sudah ‘handball’. Dan ya! Penalti diberikan. Kai Havertz tampil dan menyempurnakan peluang tersebut.
2-1 Chelsea.
KAI HAVERTZ CONVERTS THE PENALTY IN THE 117TH MINUTE! pic.twitter.com/pmy5W59RD6
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) February 12, 2022
Luan kemudiannya dibuang padang kerana mengasari Kai Havertz pada minit akhir. Chelsea menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2-1.