Gaji pemain Chelsea kini menerima kesan daripada kegagalan mara ke UCL musim hadapan.

Baca Juga:

Peringatan tentang perkara itu sudah pun dikeluarkan sekali lagi agar pemain bersedia dengan sebarang impak kepada mereka.

Impian Chelsea ke UCL musim hadapan boleh dikira sudah tertutup dengan tersingkirnya mereka di tangan Real Madrid di peringkat suku akhir.

Ianya jalan terakhir pasukan mereka untuk ke UCL musim hadapan. Berdasarkan kedudukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris pada ketika ini, pastinya sukar untuk mereka mengejar 4 teratas.

Chelsea dikatakan sudah memberitahu sebahagian pemain bahawa kelab akan memotong gaji pemain mereka sehingga 30% kerana gagal ke UCL.

Walaupun langkah itu agak berat, namun kelab itu terpaksa melakukannya kerana mereka perlu mengawal akaun FFP pada musim hadapan.

Langkah itu mungkin akan membuatkan beberapa ejen pemain sedang panas punggung ketika ini. Dan mungkin akan membuatkan beberapa pemain memikirkan tawaran daripada kelab lain.

Namun bukan semua pemain akan terkesan dengan pemotongan gaji itu. Ianya terpakai kepada mereka yang ada dimasukkan klausa tersebut sahaja.

Klausa itu dimasukkan oleh Todd Boehly sebagai ‘jaminan keselamatan’ untuk akaun kelab.

Rata rata pemain yang dimasukkan klausa itu adalah mereka yang berpendapatan tinggi kira kira £200k seminggu dan ke atas.

Misalnya Raheem Sterling yang menerima £325,000 seminggu akan dikurangkan kepada £227,500 seminggu.

Kalidou Koulibaly dariapda £295,000 seminggu kepada £206,500 seminggu.

 

Koulibaly membuka akaun jaringannya bersama Chelsea. Kredit Foto: Chelsea Football Club

Selain daripada mengurangkan gaji pemain, Chelsea juga sedang dalam proses mahu menjual beberapa pemain mereka. Dikatakan ada kira kira 7 pemain sedia untuk dilepaskan atau dijual pada jendela perpindahan akan datang.

Antaranya, Mason Mount, Christian Pulisic dan juga Kovacic.

Ianya musim sukar buat Chelsea. Ini termasuk pemecatan dua pengurus dalam satu musim iaitu Thomas Tuchel diikuti oleh Graham Potter beberapa bulan kemudian.

Kini misi pengurus Interim iaitu Frank Lampard untuk memastikan Chelsea mara ke sekurang kurangnya ke Piala Persidangan Eropah musim hadapan. Chelsea berada di luar 10 teratas pada ketika ini.