Man United hampir berjaya mendapatkan Mason Mount dari Chelsea. Sebelum ini Chelsea meminta £80 juta untuk pemain tengah itu.

Baca Juga:

Namum kelab London itu lebih fleksibel dalam harga Mount setelah berjaya menjual beberapa pemain mereka, terutama sekali ke Liga Arab Saudi.

Kalidou Koulibaly, Hakim Ziyech dan juga Eduoard Mendy dalam proses untuk dimumumkan sebagai pemain di Liga Arab Saudi. Dengan Romelu Lukaku pun dikatakan sedia untuk membuat u turn dan menerima tawaran dari Arab Saudi setelah menolaknya sebelum ini.

Jadi, Chelsea dan Man United kini berunding untuk harga sekitar £60 juta – £65 juta untuk pemain kebangsaan England itu.

Manchester United sebelum ini sudah menegaskan bahawa mereka tidak akan membayar Mason Mount lebih £60 juta setelah Chelsea meminta £80 juta untuk pemain itu.

Man United kali ini cuba sedaya upaya untuk membeli pemain pada harga rendah kerana dana perpindahan agak terhad. Dengan Ten Hag diminta untuk menjual pemain yang ada untuk menambah dana tersebut.

Mason Mount menjadi pemain yang dianggap sangat berbaloi untuk dibeli memandangkan dia masih lagi membangun dalam kariernya.

Selain itu Mount juga pemain yang berstatus pemain tempatan ataupun homegrown, yang sentiasa menjadi kelebihan penting dalam pembelian pemain di England.

Dan kini kesepakatan untuk mendapatkan pemain itu semakin menjadi kenyataan. Mason Mount sudah memberikan lampu hijau dari segi syarat dan terma peribadi dalam kontraknya.

Mount sebelum ini memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya di Stamford Bridge. Membuatkan dia berada dalam senarai jual oleh kelab itu.

Ketika bersama Chelsea, Mason Mount sempat membantu kelab itu menjadi juara Liga Juara Juara Eropah beberapa musim lalu.

Dia kemudian mendapat panggilan kebangsaan England.

Man United mencari pemain tengah baharu. Terutama sekali bahagian tersebut ketika ini hanya Bruno Fernandes yang berada di kemuncak prestasi dan usia.

Pemain antarabangsa Brazil, Casemiro pula sudah berusia. Scott McTominay dan Fred tidak begitu meyakinkan Ten Hag. Fred malah dalam proses untuk menyertai Fulham pada masa ini.