Chelsea berisiko berdepan hukuman pemotongan mata pada musim ini dalam Liga Perdana Inggeris kerana kesalahan masa silam mereka.
Baca Juga:
- Pemilik Chelsea Arahkan Lukaku Segera Dijual Ke Arab Saudi
- Chelsea Berminat Nak Beli Harry Maguire
- Chelsea Mahu Jual Cucurella
Premier League dilaporkan melancarkan siasatan ke atas Chelsea yang disyaki melakukan kesalahan pelanggaran pengurusan kewangan pada era Roman Abramovich.
Menurut laporan The Times, Abramovich disyaki telah menyuntik dana bernilai jutaan pounds ke dalam akaun syarikat perkapalan. Dan kemudian wang itu disalurkan ke dalam akaun rasmi kelab sebagai mengaburi mata Premier League.
Ini untuk membolehkan mereka menandatangani beberapa pemain yang mereka mahukan pada masa itu.
Jika didapati bersalah, Chelsea berdepan dengan hukuman di atas salah laku tersebut. Walaupun ia berlaku pada era pemilikan yang berbeza – iaitu pada era pemilikan Roman Abramovich.
Lebih meresahkan pengurusan Chelsea, mereka bakal berdepan denda dan hukuman pemotongan mata berdasarkan berat kesalahan yang mereka.
🚨 The Premier League are investigating Chelsea for possible breaches of financial rules when Roman Abramovich was the owner. 💰🏴
They are being accused of paying MILLIONS into offshore companies, in order to sign players and keep those transactions off official accounts!
If… pic.twitter.com/EWEyo4tviy
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) August 8, 2023
Siasatan itu sebenarnya adalah sebagai langkah lanjut diambil oleh Premier League ke atas aduan oleh Todd Boehly sendiri kepada Premier League dan UEFA selepas membuat siasatan dalaman kepada perkara itu.
🚨 BREAKING 🚨
The Premier League are investigating Chelsea for potential financial rule breaches during Roman Abramovich’s ownership of the club.
Chelsea’s new owners reported their own club to UEFA and the Premier League after their takeover last summer. pic.twitter.com/ufHVjS83r8
— Football Daily (@footballdaily) August 8, 2023
Di mana sebelum ini Todd Boehly telah melaporkan sendiri tentang keraguan kemungkinan ada salah laku dibuat pada era pemilikan Abramovich sebelum ini.
Dengan Todd Boehly tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas kesalahan Roman Abramovich itu.
Malangnya ketika ini, Premier League sudah memberitahu bahawa, jika Chelsea didapati bersalah, mereka bakal dikenakan tindakan berat termasuk pemotongan mata.