Bintang tengah skuad kebangsaan Thailand yang kini beraksi dalam saingan J1 League bersama Hokkaido Consadole Sapporo, Chanathip Songkrasin berjaya mempamerkan aksi memukau pada perlawanan ke 20 beliau semalam.
Hokkaido Consadole Sapporo yang menerima kunjungan pasukan ditempat ke 3 liga FC Tokyo ketinggalan 0-2 kepada pasukan pelawat tamat separuh masa pertama.
Mereka bangkit pada separuh masa kedua dengan 3 gol hasil jaringan penyerang utama Ken Tokura, Kosuke Shirai dan Chanathip Songkrasin menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 72.
Dalam perlawanan itu juga, Chanathip Songkrasin telah dipilih sebagai MVP dan menerima hadiah wang bernilai JPY100,000 atau sekitar RM3,712. Ini merupakan anugerah MVP perlawanan ke 3 diterima oleh Chanathip Songkrasin pada musim 2018 ini.
🎦 ゴール動画
🏆 明治安田生命J1リーグ 第23節
🆚 札幌vsFC東京
🔢 3-2
⌚️ 72分
⚽️ チャナティップ(札幌)#Jリーグ
その他の動画はこちら👇https://t.co/JUEMOXLYeZ pic.twitter.com/4Y65N8sE8q— Jリーグ(日本プロサッカーリーグ) (@J_League) August 19, 2018
Jaringan kemenangan beliau dalam pertemuan dengan FC Tokyo di Sapporo semalam menjadikan Chanathip muncul sebagai penjaring gol kedua paling tinggi dalam Hokkaido Consadole Sapporo dengan 6 gol setakat ini 3 gol dibelakang Ken Tokura sebagai penjaring terbanyak.
Musim 2018, Chanathip Songkrasin telah membuat 20 penampilan liga J1 League sehingga perlawanan semalam dan tersenarai dalam kesebelasan utama sebanyak 20 kali!
Dari 20 penampilan sebagai kesebelasan utama, hanya 4 kali beliau dikeluarkan untuk digantikan dengan pemain lain. Paling awal Chanathip dikeluarkan adalah pada minit ke 74, dan paling lewat adalah pada minit ke 89 perlawanan.