Pemain tengah hebat dari Thailand yang kini beraksi dalam saingan J1 League bersama Hokkaido Consadole Sapporo, Chanathip Songkrasin telah ditawarkan kontrak baharu bersama pasukan itu hari ini.
Chanathip Songkrasin kini beraksi bersama Hokkaido Consadole Sapporo secara pinjaman dari gergasi Thailand, SCG Muangthong United selama 18 bulan bersetuju untuk menerima tawaran itu selepas tamat kontrak pinjaman.
Kontrak penuh sebagai pemain milik kelab berpangkalan di Sapporo itu akan bermula pada 1 Februari 2019.
Sejak mula beraksi di Sapporo, Chanathip Songkrasin setakat ini telah membuat 29 penampilan dalam J1 League dan menjaringkan 3 gol (16 penampilan pada musim 2017 dan 13 penampilan serta 3 gol pada musim 2018).
嬉しいニュースです!
チャナティップ選手 ムアントン・ユナイテッドFCから北海道コンサドーレ札幌へ完全移籍加入合意のお知らせ
→https://t.co/VeSlU8Bm5x#consadole #コンサドーレ #chanathip pic.twitter.com/vxjRs4BDsX— 北海道コンサドーレ札幌公式 (@consaofficial) July 13, 2018
Bersama Consadole Sapporo, musim ini Chanathip Songkrasin telah tersenarai 9 kali dalam kesebelasan utama pasukan dengan 1,134 minit masa bermain.
Selepas tamat perlawanan ke 15 J1 League 2018, Hokkaido Consadole Sapporo sekarang berada ditempat ke 5 liga dengan 26 mata diperolehi, perbezaan 2 mata dengan pasukan ditempat ke 2, FC Tokyo.
Beliau juga menjadi watak penting bagi Thailand dalam kejohanan kelayakan Piala Dunia Zon Asia apabila berjaya membantu Thailand ke pusingan akhir kelayakan sekaligus secara automatik menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2019 pada Januari 2019 nanti.