Kelab Bolasepak Selangor (SFC) hari ini mengumumkan kolaborasi menarik dengan syarikat gergasi Jepun, Casio Malaysia Sdn. Bhd. dan pengedar sahnya di Malaysia, Marco Corporation (M) Sdn. Bhd.
Baca Juga:
- Nasihat Ibu Bapa Dorong Safuwan Sertai Semula Selangor
- Jaringan Kevin Ingreso Kecewakan Selangor Di Kuantan
- ‘Open Play’ Punca Selangor Tewas Kepada JDT
Kerjasama yang dipersetujui hari ini, mengukuhkan penajaan mereka untuk musim 2023 dan 2024. Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, Casio Malaysia dan Marco Corporation akan menyumbang sejumlah wang tunai bersama-sama dengan penajaan produk, untuk menyokong SFC dalam mengharungi kempen Liga Malaysia 2023 yang sedang berlangsung dan musim 2024 akan datang.
Dengan kerjasama ini, logo G-SHOCK akan dipaparkan di stadium serta pada semua platform media sosial pada hari perlawanan, sebagai penjenamaan kepada penaja.
Welcome to the #RedGiants family 🔴 🟡
Exciting news! Casio G-SHOCK joins us as our official timekeeping partner. Together, we're set to conquer new frontiers. ⌚🚀
Read more about the Casio G-SHOCK as SFC's Timekeeping Partner in our bio. https://t.co/GruBbLkDT3 pic.twitter.com/xqHmbHzTDA
— Selangor FC (@selangorfc) July 20, 2023
Pengarah Urusan Casio Malaysia Sdn. Bhd, Hirofumi Ino berkata pihaknya sangat teruja dapat bekerjasama dengan Selangor FC.
“Melalui kerjasama dengan Kelab Bola Sepak Selangor ini, Casio Malaysia sangat teruja untuk menggabungkan ketepatan teknologi Casio dengan semangat bola sepak, mencipta formula kemenangan untuk peminat dan meningkatkan sukan ini ke tahap lebih tinggi,” katanya menerusi laman web SFC.
Dr. Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Selangor, turut melahirkan rasa gembira beliau atas kerjasama ini dengan berkata,
“Pepatah Melayu ada menyebut, ‘kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan’, tanpa mengira pemberian itu, kami akan menerimanya dengan hati yang penuh kesyukuran.
“Seperti yang selalu saya nyatakan sebelum ini, kami di SFC sentiasa membuka pintu dan peluang untuk mana-mana syarikat, untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Perkongsian dengan jenama terkenal di peringkat antarabangsa seperti Casio adalah bukti usaha kelab di bawah kepimpinan DYTM Raja Muda Selangor sejak 2019,” kata Dr. Johan.
Beliau seterusnya menambah,
“Matlamat kami adalah untuk memberikan pendedahan maksimum kepada penaja dan rakan kongsi kami, memupuk hubungan yang kukuh dengan penyokong Gergasi Merah sambil meningkatkan nilai komersial untuk kedua-dua pihak.”