Legenda Real Madrid, Iker Casillas optimis bahawa bekas rakan sepasukannya di ketika bersama kelab gergasi Sepanyol itu, Cristiano Ronaldo mampu untuk beraksi dengan cemerlang di Piala Dunia 2022.
Baca Juga:
- Rooney Terkejut Dikutuk Ronaldo, Namun Tiada Dendam
- Ronaldo Dedahkan Manchester United Mengkhianatinya Dan Akui Hilang Rasa Hormat Kepada Ten Hag
- Cristiano Ronaldo Nafi Sikapnya Ganggu Keharmonian Pasukan, Anggap Diri Masih Seperti Dahulu
Ronaldo yang menghadapi pelbagai masalah ketika bersama Manchester United pada ketika ini lebih banyak memanaskan bangku simpanan dibawah ‘pemerintahan’ Erik ten Hag.
Keadaan itu membuatkan beliau telah mengeluarkan kenyataan mengejut sehingga menimbulkan kemarahan para penyokong Manchester United.
Bagaimanapun, Casillas berpendapat perkembangan terkini itu tidak langsung akan mempengaruhi prestasi Ronaldo untuk tampil dengan lebih baik bersama Portugal di Qatar.
Malah beliau turut melihat Ronaldo mampu untuk bersaing dengan Lionel Messi dan Neymar sebagai penjaring terbanyak kejohanan paling berprestij di dunia itu.
“Ia sangat sukar [untuk memilih pemenang kasut emas]. Mari kita saksikan apa yang bakal berlaku. Terdapat Neymar, Lionel Messi dan Cristiano [Ronaldo].”
“Nampaknya Cristiano datang ke Piala Dunia sebagai tetamu dan orang ramai tidak mengambil kira tentang dirinya, kerana segalanya yang telah terjadi di Manchester United, tetapi..,”
“Saya tetap melihatnya sebagai pesaing. Ketika orang berbicara tentang Cris, orang sudah lupa apa yang dia lakukan,” ujar Casillas menurut laporan Goal.
“Ya, mereka tidak lupa kerana mereka tahu apa yang dia telah lakukan. Tetapi dia sentiasa mahu dia bermain dalam pasukan saya. Cristiano Ronaldo masih mempunyai keupayaan untuk bermain di tahap tertinggi.”