Legenda bola sepak Brazil, Cafu meluahkan rasa hairannya terhadap keputusan Gareth Southgate yang tidak menurunkan pemain bek kanan, Trent Alexander-Arnold sebagai pemain kesebelasan utama England dalam kempen Piala Dunia 2022.
Baca Juga:
- Reece James Pertahan Alexander-Arnold: “Dia Tak Perlu Bertahan Sebanyak Yang Saya Buat”
- England vs Iran: Three Lions Terlalu Unggul Raih Kemenangan 6-2
- England vs USA: Three Lions Melepaskan Peluang Untuk Mara Lebih Awal
Ketiadaan Reece James yang mengalami kecederaan pada mulanya kelihatan bakal memberikan ruang besar buat Alexander-Arnold tetapi semua itu jelas tidak berjalan dengan lancar.
Selepas tiga perlawanan perlawanan, Southgate lebih berminat untuk meletakkan Kieran Trippier pada dua aksi awal manakala Kyle Walker pula menjadi pilihan ketika bertemu Wales, awal pagi tadi.
Susulan dengan keputusan tersebut, Alexander-Arnold lebih banyak memanaskan bangku simpanan dan hanya dimasukkan pada minit ke-58 ketika bertemu Wales.
Keadaan itu membuatkan Cafu tertanya-tanya mengapa tonggak Liverpoolrika peluang kerana beliau beranggapan Alexander-Arnold memiliki segala yang diperlukan.
“Saya tidak memahami kenapa [Alexander-Arnold tidak diturunkan ],” ujar Cafu menurut sumber laporan Sport Bible.
“Dia memiliki segalanya. Kualiti, kemampuan menggelecek, kepantasan tetapi ia sentiasa menjadi cerita yang sama, mereka mengatakan dia tidak bertahan dengan baik dan dia berterusan berada di luar.”
“Kebiasaannya orang akan bercakap perkara yang sama tentang Roberto Carlos dan saya tetapi saya berfikir kami telah memenangi sesuatu. Bagaimanapun, bek sisi pada ketika ini seperti robot.”
“Mereka mendapat bola, melakukan hantaran dan kemudiannya berlari. Saya tidak melihat pergerakan tanpa bola atau tiada hantaran satu-dua,” tambah Cafu lagi.