Pasukan gergasi liga bola sepak Thailand, Buriram United telah melancarkan jersi baru musim 2019 dan jualan juga telah dibuka mulai 1 Disember 2018.

Pihak kelab Buriram United melalui kemaskini di laman sosial Facebook rasmi mereka telah memuat naik satu kenyataan dimana pada hari pertama pelancaran semalam, mereka telah berjaya menjual sebanyak 40,196 helai jersi!

47396596_1942970309156235_1680675910434422784_n

Sehelai jersi ‘home‘ mereka dijual dengan harga THB690 sekitar RM87.50 di 4 buah outlet rasmi mereka mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Berdasarkan jumlah jualan jersi dan harga seperti yang dinyatakan, Buriram United telah berjaya menjana THB27,735,240 atau RM3.52 juta hasil jualan jersi baru musim 2019 hanya untuk hari pertama sahaja.

47317980_1941282989324967_6083312672130990080_o

Menurut gambar yang telah dikemaskini, penyokong setia Buriram United telah beratur panjang untuk tidak terlepas dari memiliki jersi baru kelab mereka pada hari pelancaran.

47444804_1941282032658396_2288121033552560128_o

Dapat diperhatikan juga bagaimana Buriram United menggunakan saluran-saluran jualan yang efektif bagi memaksimakan hasil yang diperolehi.

Official merchandise store‘ mereka di Change Arena sememangnya cukup tersusun, profesional dan memiliki satu suasana yang mampu memberikan satu aura istimewa kepada peminat yang datang.

47098761_1941282095991723_965611869089824768_o

Ketika kebanyakan pasukan dalam liga bola sepak Malaysia masih terkial-kial mencari penaja musim akan datang serta pelbagai isu lain, kita hanya mampu menyaksikan bagaimana kelab dari negara jiran menjana pendapatan berjuta ringgit pada hari pelancaran jersi baru mereka.