Perjuangan wakil Asia dalam saingan Piala Dunia 2022 kini sudah berakhir selepas Korea Selatan dibelasah 4-1 ketika menentang Brazil dalam perlawanan di peringkat pusingan 16 awal pagi tadi.
Baca Juga:
- Neymar Alami Kecederaan Buku Lali Kerana Berterusan Dikasari Pemain Serbia
- Portugal vs Korea Selatan: Gol Hwang Hee-chan Bawa Taegeuk Warriors Ke Pusingan 16
- Uruguay vs Korea Selatan: Tigers Of Asia Catat Keputusan Seri
- Brazil vs Cameroon: Aboubakar Wira Kemenangan Dan Dapat Kad Merah Kerana Buka Baju
Ia adalah kekalahan memalukan skuad Taeguk Warriors setelah mereka menampilkan prestasi cemerlang di peringkat kumpulan dengan menewaskan pasukan pilihan, Portugal (2-1) dan seri (0-0) ke atas Uruguay.
Dalam perlawanan ini, dua tongak utama Brazil iaitu Danilo dan Neymar kembali diturunkan dalam kesebelasan utama setelah disisihkan dalam perlawanan menentang Switzerland dan Cameroon akibat kecederaan.
Skuad Samba mempamerkan aksi memukau sejak sepak mula dan terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 7 menerusi Vinicius Junior yang menyudahkan hantaran cantik daripada Raphinha di sebelah kanan.
Jaringan itu memberikan semangat tambahan dan keyakinan kepada Brazil untuk terus menguasai perlawanan dan hasilnya mereka diberikan sepakan penalti setelah Richarlison dikasari oleh pemain Korea Selatan.
Sepakan penalti tersebut disempurnakan oleh Neymar sekaligus memastikan kedudukan selesa 2-0 untuk Brazil.
🇧🇷🇧🇷🇧🇷 pic.twitter.com/iFV19gPHZs
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 5, 2022
Korea Selatan juga sempat melakukan dua percubaan berbahaya namun penjaga gol Brazil, Alisson beraksi cemerlang menepis rembatan Hwang Hee Chan.
Pada minit ke 29, Stadium 974 bergema dengan sorakan penyokong apabila Brazil menambah gol ketiga menerusi Richarlison yang menyudahkan gerakan cantik dari tengah padang.
Korea Selatan jelas tidak mampu mengekang kemaraan jentera serangan Brazil yang dilihat cukup ampuh di setiap posisi dan memiliki kualiti tersendiri.
5 minit kemudian, Brazil menjaringkan gol keempat dan kali ini menerusi Lucas Paqueta yang merembat masuk hantaran lambung yang cantik daripada Vinicius Junior. Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
What a first-half display! 🇧🇷⚡️#FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/zVRiKvd3Hr
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 5, 2022
Korea Selatan bangkit lebih garang di separuh masa kedua dan nyaris menjaringkan gol pertama menerusi Son Heung Min pada minit ke 47 namun percubaan bintang Tottenham Hotspur itu tersasar.
Pada minit ke 76, Taeguk Warriors akhirnya memperolehi gol pertama selepas Paik Seung-ho melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti lalu menewaskan Alisson.
Cho Gue-sung juga hampir menambah gol kedua untuk Korea Selatan tetapi malangnya rembatan jarak dekatnya berjaya ditepis oleh Alisson. Kedudukan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Hasil kemenangan ini bermakna,Brazil dijadualkan bertemu finalist Piala Dunia 2018, Croatia di peringkat suku akhir pada 9 Disember. Ia pasti akan menjadi perlawanan yang cukup sengit.