Skuad Harimau Malaya akan beraksi di Thailand untuk menghadapi Kejohanan Persahabatan 4 Penjuru pada bulan September yang dinamakan King’s Cup.
Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah memilih Chiang Mai sebagai tuan rumah kejohanan tersebut kerana mereka mahu memberi peluang kepada rakyat di setiap wilayah untuk menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan.
“FAT mengumumkan wilayah Chiang Mai sebagai tuan rumah untuk perlawanan antarabangsa FIFA pada bulan September kerana kawasan itu dilihat lebih bersedia. Stadium 700 Year Chiang Mai dipilih sebagai venue perlawanan,” tulis laporan tersebut.
Selain Thailand dan Malaysia, dua lagi pasukan yang berada di ranking FIFA lebih tinggi dijangka akan menyertai Kejohanan itu. Malah, berkemungkinan juga pasukan dari Asia Tengah dan Amerika Latin.
Dari Amerika Latin, Bolivia dikhabarkan bakal menjadi pasukan yang akan mengambil bahagian namun masih belum ada sebarang pengesahan dari pihal FAT.
– Another 2 participants will be one national team from COMEBOL (rumor is Bolivia) and one national team from AFC.
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) July 27, 2022
Bolivia kini menduduki tangga ke-81 dalam ranking FIFA dan mereka pernah tampil di Piala Dunia sebanyak tiga kali (1930, 1950, 1994), Bolivia juga pernah bergelar juara Copa America pada 1963.
Saingan King’s Cup dijalankan dalam format kalah mati. Pasukan yang menang akan mara ke final manakala pasukan yang kalah akan berentap untuk penentuan tempat ketiga. Setiap keputusan perlawanan akan memberi pulangan mata ranking FIFA.
Berdasarkan rekod, skuad Harimau Malaya pernah muncul juara dalam empat edisi King’s Cup iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978.
Kejohanan tersebut dijadikan medan terbaik untuk menguji taktikal Kim Pan-gon berdepan lawan yang lebih kuat dan juga sebagai persiapan menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang dijangka berlangsung pada 21 Disember hingga 17 Januari 2023.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Harimau Malaya Bakal Beraksi Di Chiang Mai Pada Bulan September
Maurício Nascimento: Tuhan Tak Pernah Menipu, Selamat Tinggal Mora
RASMI: JDT Umum Hector Bidoglio Sebagai Ketua Jurulatih Baharu