Bekas wonder kid Barcelona, Bojan Krkić sah menyertai kelab Jepun, Vissel Kobe bagi menghadapi baki saingan J. League musim 2021.
Perkara ini diumumkan oleh Vissel menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dimana mereka menandatangani Bojan yang berstatus ejen bebas setelah dilepaskan oleh kelab Major League Soccer (MLS), Montreal Impact.
【完全移籍加入のお知らせ】
FW ボージャン クルキッチ選手が完全移籍で加入することに決まりました。#visselkobe are delighted to announce the signing of @BoKrkic!
Welcome to Kobe!🙌詳細はこちら▼https://t.co/2HhEpNpjrv#ヴィッセル神戸 pic.twitter.com/rXlXMPvui4
— ヴィッセル神戸 (@visselkobe) August 9, 2021
Bojan sebelum ini dilaporkan bakal berhijrah ke saingan Thai League namun ekoran permintaan gaji yang terlalu tinggi, beberapa kelab Thailand membatalkan niat mereka untuk menandatangani pemain berusia 30 tahun itu.
Kehadiran Bojan Krkic di Viseel Kobe bermakna beliau akan beraksi di samping bekaa rakan sepasukan ketika di Barcelona iaitu Andres Iniesta yang turut menjadi ketua pasukan.
Iniesta dan Bojan beraksi bersama-sama di Barcelona sehingga musim 2010-2011 apabila Bojan kemudiannya berhijrah dengan menyertai AS Roma pada musim berikutnya.
Selain menandatangani Bojan, Vissel Kobe turut mendapatkan khidmat dua lagi penyerang iaitu Yuya Osaku dan Yoshinori Muto.
Yuya sebelum ini beraksi bersama Werder Bremen dalam saingan Bundesliga manakala Muto beraksi bersama Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Kyogo Furuhashi Jaringkan Hatrik Pada Aksi ‘Debut’ Bersama Celtic
Sasalak Cipta Sejarah, Jadi Pemain Thailand Pertama Dalam Tempoh 35 Tahun Beraksi Di Liga Korea
Sasalak Cipta Sejarah, Jadi Pemain Thailand Pertama Dalam Tempoh 35 Tahun Beraksi Di Liga Korea