Persatuan Bola Sepak (FA) Emiriah Arab Bersatu (UAE) kembali melantik Bert Van Marwijk sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan bagi mengharungi baki saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perkara ini diumumkan oleh persatuan tersebut dimana van Marwijk sebelum ini dipecat setelah UAE gagal menampilkan prestasi memberangsangkan dalam perlawanan peringkat kelayakan, mengutip dua kemenangan ke atas Malaysia dan Indonesia dan mengalami dua kekalahan kepada Vietnam dan Thailand.

UAE FA menggantikan Bert van Marwijk dengan pengendali dari Serbia, Ivan Jovanovic namun beliau tidak berpeluang untuk mengendalikan pasukan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekaligus saingan kelayakan dihentikan buat sementara waktu.

Jovanovic kemudiannya dipecat pada April lalu tanpa alasan yang jelas dan beliau digantikan oleh pengendali dari Colombia, Jorge Luis Pinto. Pinto berdepan tugasan pertama sebagai ketua jurulatih apabila UAE terlibat dalam siri perlawanan persahabatan menentang Bahrain dan Uzbekistan.

UAE tewas dalam dua perlawanan tersebut dan perkara ini lantas membuatkan UAE FA tidak berpuas hati dengan prestasi Pinto kerana kekalahan tersebut boleh memberi kesan kepada kedudukan ranking FIFA dan menjejaskan misi mereka untuk berada dalam kelompok 100 dunia. Pinto kemudiannya dipecat.

Bert van Marwijk
Sumber Gambar: Goal.com

UAE ketika ini menduduki tangga keempat dalam carta kumpulan G dimana mereka mengutip 6 mata, dua mata dibelakang Thailand, tiga mata dibelakang Malaysia dan lima mata dibelakang pendahulu Vietnam.

Pasukan dari Timur Tengah itu mempunyai baki tiga perlawanan kelayakan iaitu menentang Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Pemain Tengah Switzerland, Oliver Buff Dikaitkan Dengan Selangor

LTK: “Pemain Perlukan Masa Dan Bermain Dalam Liga Yang Sesuai, Bukan Liga Premier. Ini Membunuh!”

Penyerang Prolifik Arema FC Terima Tawaran Sertai Kelab Liga Malaysia