Joao Cancelo mendedahkan dia sudah lama memasang impian bermain untuk Barcelona, sejak kecil lagi.

Pemain itu turut menyatakan bahawa idolanya dari kecil rata rata pemain Barcelona.

Cancelo menyertai Barcelona pada jendela musim panas lalu dengan perjanjian secara pinjaman. Dan pertahanan Portugal itu bertekad mahu mendapatkan kontrak tetap dengan Blaugrana.

Cancelo yang pernah menjadi senjata istimewa Pep Guardiola, tidak ada dalam perancangan pengurus itu.

Hubungan Cancelo dan Guardiola retak musim lalu selepas pemain itu dianggap tidak menghormati pengurusnya itu.

cancelo bayern munich

Cancelo sering merungut diletakkan di bangku simpanan dan tidak mahu memanaskan badannya. Kemuncak kepada retaknya hubungan Cancelo dengan Guardiola apabila pemain itu secara terbuka bertikam lidah dengan pengurus itu di bilik persalinan.

Dia kemudian dipinjamkan ke Bayern Munich. Namun gagal mendapatkan kontrak tetap di sana.

Xavi Hernandez kemudian berminat mendapatkan Cancelo secara pinjaman. Proses menandatangani pemain itu tidak rumit kerana Guardiola sangat senang hati untuk melepaskan pemain itu dan pada masa yang sama ianya Barca.

Namun isu yang sukar adalah mendaftarkan pemain itu. Barcelona menunggu agak lama untuk memastikan pemain itu didaftarkan kerana isu ekonomi kelab itu. Akhirnya dia membuat debut untuk Barcelona beberapa minggu lalu.

Bercakap kepada wartawan, Cancelo mendedahkan bahawa dia sudah lama ada impian untuk bermain bersama Barcelona.

Cancelo berkata: “Saya sentiasa mengimpikan untuk bermain dalam jersi Barcelona dan telah menunjukkan kepada mereka yang percayakan saya walaupun sukar untuk datang ke sini, saya tetap berusaha.”

“Inilah tempat di mana saya telah berimpian untuk bermain sejak dari dulu. Kelab impian saya, semua kawan saya tahu yang semua idola saya bola sepak adalah pemain yang bermain untuk Barca.”