Bekas pemain Melaka United, Omid Nazari sah sertai kelab gergasi Indonesia, Persib Bandung bagi membantu kelab tersebut menghadapi pusingan kedua Liga 1. Selain Nazari, Persib turut membawa masuk dua pemain import baharu iaitu Kevin van Kippersluis dan Nick Kuipers dari Belanda.

Omid yang pernah memperkuatkan skuad Hang Tuah pada musim 2016-2017 tetapi digugurkan kerana masalah disiplin bakal beraksi di posisi tengah dan mungkin merupakan pemain pertama dari Filipina yang beraksi dalam saingan Liga Indonesia.

Bagaimanapun, Omid mengakui tekanan bermain dalam kelab yang besar dan akan melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan mencapai kemenangan.

“Tekanan pasti akan selalu ada kerana ini kelab besar. Saya akan mencuba memberikan yang terbaik untuk membantu Persib mencapai pelbagai kejayaan,” katanya dalam Bola Lob. 

28820190821100427700
FOTO: BOLA LOB

Ketiga-tiga pemain baharu Persib Bandung itu dijangka akan membuat penampilan pertamam pada perlawanan menentang PSS Sleman pada 30 Ogos 2019. Ia merupakan antara perlawanan tumpuan dalam saingan Liga Indonesia.

“Saya pernah bermain melawan pasukan dari Indonesia ketika mewakili Ceres Negros. Saya tahu Persib kelab besar dan bangga dapat menyertai mereka. Saya akan cepat beradaptasi untuk tampil lebih baik,” kata Omid.

Selepas mengharungi 15 perlawanan, Persib kini berada di kedudukan kesebelas daripada 18 pasukan selepas mengumpulkan 15 mata. Meskipun, beberapa pemain daripada pasukan itu dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan Indonesia, namun saingan Liga tetap berlangsung seperti biasa.

Sumber