Bekas ejen bola sepak yang pernah membawa Maradona, Romario, Messi dan Stoickhov ke Barcelona, Josep Maria Mingella mendedahkan dia pernah menawarkan Barcelona Julian Alvarez namun ditolak kerana kelab itu lebih memilih Ferran Torres.
Baca Juga:
- Ferran Torres Tahu Cara Mengalahkan Manchester United
- Guardiola Dedahkan Ferran Torres Sendiri Yang Sudah Tak Ada Hati Bermain Untuk City
- Barcelona Bayar €65 Juta Untuk Dapatkan Ferran Torres
Minguella memiliki hubungan yang baik dengan Barcelona. Oleh sebab itu dia sentiasa cuba membantu kelab itu dalam menawarkan bakat bakat terbaik.
Ketika itu, Minguella mencadangkan agar Barcelona membeli Julian Alvarez dengan nilai €20 juta secara ansuran dari kelab lamanya.
Malang sekali, Barcelona tidak berminat dengan idea itu dan berterusan memburu Ferran Torres yang bernilai lebih mahal.
Barca membayar €60 juta untuk Ferran Torres yang ketika itu bermain untuk Manchester City.
Ferran Torres ketika itu mendesak Manchester City untuk menjualnya ke Barcelona.
Kehadiran Ferran Torres ke Barcelona tidak begitu menjadi seperti yang mereka harapkan.
Dan kini kelab itu malah sedia untuk menjual pemain itu selepas beberapa lembaga pengarah kelab mengakui bahawa ianya pembelian yang merugikan.
Torres hanya menjaringkan 14 gol dan 9 assist daripada 71 penampilan untuk Blaugrana.
Julian Alvarez pula semakin meningkat naik. Pemain muda City itu berjaya membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 2022.
Dia turut menjadi pemain penting Man City dalam kempen kejuaraan treble mereka walaupun bergelar pemain gantian.
Minguella berkata: “Saya pernah menawarkan Julian Alvarez kepada Barcelona, dengan harga €20 juta, bayar 5 kali ansuran. Namun mereka menolaknya.”
“Mereka malah menandatangani Ferran Torres dengan nilai €60 juta.”
Torres menyertai Barca pada Disember 2021 dengan kontrak selama 5 musim. Ferran Torres ketika itu dianggap bakat yang luar biasa oleh Barcelona.
Kelab itu turut meletakkan klausa pelepasan €1 billion pada kontrak pemain itu.