Barcelona bakal mengumumkan Adama Traore sebagai pemain baharu mereka. Ini selepas pemain tersebut mencapai kesepakatan secara peribadi untuk kembali semula ke Barcelona secara pinjaman dengan opsyen pembelian tetap.
Pemain asal Sepanyol berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan beberapa kelab lain sebelum ini terutama sekali Tottenham Hotspur selepas Adama Traore dikatakan sudah memberitahu kelab bahawa beliau tak akan melanjutkan kontrak baharu.
🚨 Adama Traore scheduled to have medical tomorrow ahead of proposed move from Wolves to Barcelona on loan until summer with an option to buy for around €35m. 26yo Spain international contracted at #WWFC until summer 2023 @TheAthleticUK #FCBarcelona #THFC https://t.co/MDI2PWben6
— David Ornstein (@David_Ornstein) January 27, 2022
Kontrak semasa Traore berbaki 18 bulan sahaja lagi. Spurs menghantar bidaan £15 juta untuk pemain tersebut. Namun ianya ditolak oleh Wolves kerana terlalu rendah.
Conte terus sulit untuk membeli pemain baharu selepas board pasukan Spurs tidak mahu mengeluarkan dana perpindahan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Conte malah kesukaran untuk menjual beberapa pemainnya untuk menampung dana perpindahan pada kali ini. Tanguy Ndombele, Dele Alli dan Lo Celso serta Ben Davies dan Bergwijn antara pemain yang Spurs terbuka untuk dengar tawaran.
Adama Traore akan menjalani pemeriksaan medikal di Barcelona sebagai prosedur terakhir sebelum diumumkan secara rasmi di Nou Camp.
Adama Traore meninggalkan Barcelona pada 2015 untuk menyertai Aston Villa. Kemudian berkelana ke Middlesbrough sebelum menyertai Wolves dengan rekod perpindahan kelab ketika itu £18 juta pada 2018. Beliau sudah bermain 154 kali untuk Wolves dan menjaringkan hanya 11 gol.
Menurut laporan Fabrizio Romano, Barcelona menawarkan pakej dua kali ganda daripada yang ditawarkan oleh Tottenham Hotspur iaitu €30 juta sekiranya mereka memutuskan untuk membeli pemain itu secara tetap.
Barca turut setuju membayar penuh gaji Traore sepanjang baki musim ini.
Adama Traoré to Barcelona, done deal and here-we-go. Loan with buy option [not mandatory] for €30m plus bonuses. Barça will cover 100% of the salary until June. 🔵🔴 #FCB
Deal to be signed on Friday, as per @David_Ornstein.
Enhorabuena a @martinezferran @gerardromero @sport 🤝 pic.twitter.com/QQCIVpnSrD— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 27, 2022