Prestasi buruk Barcelona sejak di bawah kendalian Ronald Koeman telah membuatkan pengurusan tertinggi kelab sudah bersedia dengan calon pengganti jika pengurus itu dipecat.
Dua nama yang dikaitkan dengan Barcelona kini ialah Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel.
Tahun lalu ketika manifestonya dalam usaha merebut jawatan presiden, Joan Laporta berjanji akan membawa Jurgen Klopp ke Barcelona.
Pengurus yang dianggap sangat sesuai dengan Barca dari segi taktikal dan DNA.
Namun pengurus itu kemudian tidak menunjukkan minatnya untuk meninggalkan Liverpool dan melanjutkan kontraknya di Anfield.
Laporta kini dikatakan menjadikan Thomas Tuchel sebagai calon utama. Dan pada masa yang sama memantau rapat perkembangan Jurgen Klopp di Anfield.
Kedua dua pengurus tersebut masih ada kontrak sehingga 2024 bersama kelab masing masing.
Laporta masih yakin bahawa Barcelona masih cukup gah untuk menarik mana mana pengurus untuk datang jika mereka mahu.
Ronald Koeman mengakui bahawa beliau tidak pasti sama ada pengurusan tertinggi masih menyokongnya selepas dimalukan Benfica.
Walaupun Koeman memberikan jaminan bahawa para pemain dan staf masih menyokong beliau sepenuhnya.
Joan Laporta’s favorite coach, in general, is Tuchel, the president also closely follows Jürgen Klopp but both have contracts until 2024. Many at the club believe Ralf Rangnick would be a good interim, before trying for one of the German coaches in 2022. #FCB [@ffpolo] pic.twitter.com/VqHtDyGmw5
— Football Talk (@FootballTalkHQ) October 1, 2021
Klopp dan Tuchel berjaya membantu kelab mereka menjuarai UCL. Ianya adalah pertandingan yang paling diidamkan Laporta.
Menurut Mundo Deportivo, Laporta sangat meminati pengurus dari Jerman dalam senarainya. Beliau malah menyenaraikan nama Hansi Flick dalam senarai calon pengurus Barca, sebelum pengurus itu memilih untuk menyertai pasukan kebangsaan Jerman.
Baca juga artikel
UCL: Barca Dimalukan Benfica, Kini 0 Mata, 0 Gol, Bolos 6, Tangga Tercorot
UCL: Ronaldo Lengkapkan Kebangkitan United Dengan Gol Saat Akhir