Barcelona rasminya bergelar juara La Liga musim 2022/23 sekaligus menamatkan sisa sisa perjuangan Real Madrid.
Baca Juga:
- Arsenal vs Brighton: The Gunners Hampir Pasti Terlepas Kejuaraan
- Real Madrid vs Man City: De Bruyne Selamatkan City, Haaland Sendu
- West Ham vs Man United: De Gea Punca Kekalahan Setan Merah
Kejayaan menewaskan musuh setempat, RCD Espanyol dengan jaringan 4-2 semalam, di tempat lawan, mengesahkan kejuaraan La Liga pertama Xavi sebagai pengurus Barcelona.
YOUR TEAM! pic.twitter.com/PS0l0twDj5
— FC Barcelona (@FCBarcelona) May 14, 2023
Barcelona dilanda masalah kewangan dalam 2 musim terakhir ini. Mereka bergelut selepas era Lionel Messi di kelab itu.
Xavi dilantik untuk mengembalikan DNA Barcelona. Pengurus muda itu benar benar membuktikan kualitinya.
Dengan kejayaan mengalahkan Espanyol semalam, Barca kini dengan selesa jauh mendahului Real Madrid di atas carta La Liga.
Barca mengutip 85 mata selepas 34 perlawanan berbanding 71 oleh Real Madrid dengan jumlah perlawanan yang sama.
Ianya detik emosional buat Joan Laporta yang telah bertungkus lumus menyelamatkan Barca daripada muflis.
Dia bekerja keras memastikan kelab itu berjaya menandatangani beberapa pemain – ketika kelab berdepan masalah kewangan dan FFP.
Laporta telah melakukan apa sahaja. Cuba menggunakan sebarang kelompongan yang ada demi membantu kelab itu bangkit semula selepas era Bartomeu.
Barcelona kini sudah memiliki 27 kejuaraan La Liga. Dengan kejayaan menjadi juara La Liga musim 2022/23, bermakna Barcelona merampas semula tahta La Liga daripada musuh tradisi mereka Real Madrid.
Kegembiraan pemain pemain Barca dicemari insiden keganasan penyokong.
Di mana penyokong Espanyol telah menyerbu masuk ke dalam padang, mahu menyerang pemain pemain dan staf Barca yang meraikan kejuaraan di tengah padang dengan membuat bulatan, sambil menyanyi dan menari.
This is mad. An absolute disgrace. Espanyol fans invading the pitch trying to assault Barça players & staff celebrating their league title. Footage is shocking.@TheAthleticFC pic.twitter.com/1B3THBlq0B
— Pol Ballús (@polballus) May 14, 2023