Rasminya, Barcelona telah didakwa atas pertuduhan amalan rasuah kerana bayar pengadil untuk memberikan mereka kelebihan di atas padang. Kesalahan itu berlaku dalam tempoh sangat lama.
Baca Juga:
- Bermain Untuk Barcelona Impian Cancelo Dari Kecil
- RASMI: Joao Felix Sertai Kelab Impiannya Sejak Kecil, Barcelona
- Laporta: Enggan Dibebani Tekanan Hebat Halang Messi Ke Barcelona
Pihak polis Sepanyol semalam menggeledah ibu pejabat Jawatankuasa Pengadil untuk mencari bukti tambahan berkaitan kes itu.
Beberapa bulan lalu, pendakwa raya awam Sepanyol telah memfailkan aduan ke atas kelab gergasi Catalan itu. Dua bekas presiden kelab iaitu Sandro Rossell dan Jose Maria Bartomeu turut didakwa.
Barcelona dituduh membayar sekitar €7.3 juta di antara 2001 sehingga 2018 kepada firma milik Enriquez Negreira, yang ketika itu memegang jawatan dalam jawatankuasa FA Sepanyol daripada 1993 sehingga 2018.
Barcelona have been charged with suspected bribery for payments worth more than €7 million made to companies linked to the former vice president of the refereeing committee, José María Enríquez Negreira, judicial sources have told Spanish news agency EFE. pic.twitter.com/vl3RrYocc9
— ESPN FC (@ESPNFC) September 28, 2023
Pendakwa raya mendakwa bahawa ada perjanjian rahsia melibatkan wang agar Negreira membantu Barcelona mendapatkan kelebihan daripada pengadil ketika bermain, serta mendapat kelebihan dari segi keputusan dalam pertandingan.
Barcelona sebelum ini menafikan tuduhan ke atas mereka. Dan menyatakan bahawa mereka hanya membayar pengadil untuk mendapatkan data tertentu bagi tujuan analisis.
Mereka kekal menafikan perkara itu, dengan Joan Laporta meminta semua pihak tenang kerana Barca tidak pernah membayar pengadil untuk memenangi perlawanan.
Sebaliknya, Barcelona hanya bayar Negreira atas tujuan bagi mendapatkan data pengadil.
Barcelona menegaskan data itu akan digunakan untuk memberitahu pemain tentang corak pengadilan seseorang pengadil dan bagaimana pemain boleh bertindak berdasarkan pengadil berbeza.
Namun alasan itu jelas sekali tidak diterima oleh pihak pendakwa raya yang menyatakan bahawa, mereka mendapat tahu bahawa Negreira berterusan meminta wang daripada Barcelona atau dia mendedahkan tentang bayaran itu.
Jadi, pendakwa raya merasakan bahawa ada sebab kenapa Negreira mengugut Barcelona.
Jika didapat bersalah, Barcelona akan berdepan hukuman sangat berat. Ini termasuk dilucutkan kejuaraan / trofi dan disingkirkan daripada liga utama.