Barcelona dalam proses akhir untuk memuktamadkan perjanjian penajaan tiga musim dengan Spotify bernilai €280 juta bersamaan dengan €90 juta setiap musim.
Perjanjian tajaan itu termasuk imej pengiklanan pada jersi pasukan lelaki dan wanita, serta imej tajaan di belakang baju latihan. Selain itu, Spotify juga bejaya mendapatkan hak penjenamaan stadium yang baharu.
Ini bermakna, nama Nou Camp, yang akan dinamakan semula sebagai Nou Camp Spotify.
Menurut RAC1, segala penjenamaan semula dan penajaan berkaitan Spotify akan bermula pada musim depan. Proses mengmuktamadkan perjanjian itu dijangka pada Selasa.
Spotify, gergasi dalam penstriman muzik akan menggantikan Beko, sebagai penaja jersi latihan mereka.
Barca berpendapat bahawa Spotify adalah jenama terkenal du dunia dan diterima secara meluas oleh peminat yang lebih muda. Platform muzik penstriman itu mempunyai 381 juta pengguna, di mana 172 juta daripadan adalah pengguna berbayar.
Barcelona could be playing in the Spotify Nou Camp next season after closing £237million sponsorship deal https://t.co/aaV0Ur0kQO
— Mail Sport (@MailSport) February 7, 2022
Barcelona masih dalam proses pemulihan dari segi ekonomi kerana beban hutang yang terlalu tinggi ditinggalkan oleh era pengurusan Bartomeu.
Joan Laporta dan pasukannya berterusan mencari dana dan tajaan baharu kepada kelab untuk memastikan Barcelona kembali seperti dahulu.
Barcelona berdepan dengan banyak kekangan kerana isu hutang mereka. Membuatkan mereka terpaksa mencari pemain ejen bebas untuk ditandatangani. Kemudian, mereka pernah kesulitan mendaftarkan pemain baharu kerana isu bil gaji mereka.
Beberapa bulan lalu, Spotify dikaitkan dengan pemilikan Arsenal. Lebih lebih lagi pengasas bersama Spotify, Daniel Ek merupakan penyokong tegar Arsenal dari kecil.
Namun keluarga Kroenke menutup sebarang rundingan dengan Ek kerana mereka tidak mahu menjual kelab itu sama sekali.