Bekas pemain Kedah Darul Aman, Baddrol Bakhtiar menegaskan bola sepak dan pentas politik adalah dua perkara yang sama menurut beliau.

Dalam satu temu bual, calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun itu menegaskan fokusnya kini ialah berkhidmat untuk rakyat dan menjaga kebajikam rakyat Kedah.

“Sebelum ini tanggungjawab dengan pasukan, tapi kali ini tanggungjawab saya untuk rakyat. Jadi saya nak masuk bidang ini, kalau boleh kita nak kasi bersih dan timbul sifat kejujuran dalam membentuk sesebuah negeri dan negara.

“Saya rasa benda ni tak berat kalau kita jujur dan kalau kita ikhlas dengan ada sokongan daripada rakyat, kita dekat dengan mereka, insyaAllah,” katanya.

Pemain yang juga pernah beraksi bersama Sabah ini menambah beliau lebih gemar untuk turun padang dan bertemu dengan rakyat serta mendengar masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

“Saya rasa bidang politik ni lebih kurang macam bola sepak, formasi Badd dalam politik ini, macam tu juga. Saya turun padang, saya turun lapangan bersama dengan rakyat, bersama dengan peminat-peminat saya.

Baddrol Bakhtiar bakal bertanding di Dun Gurun dalam pertembungan satu lawan satu. Beliau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) bakal berentap menentang wakil daripada Pakatan Harapan (BN), Firdaus Johari pada Sabtu, 12 Ogos nanti.

Sepanjang dalam karier bola sepak, Baddrol telah memenangi kesemua trofi yang dipertandinkan dalam kancah Liga Malaysia apabila beliau mengecap nikmat sebanyak dua kali dalam menjulang Liga Super [2006/07 dan 2007/08].

Kini beliau mahu menterjemahkan segala kejayaan yang diraih sebelum ini untuk mendapatkan sokongan sekaligus berkhidmat untuk rakyat.