SPORT Sepanyol melaporkan bahawa Azpilicueta bakal menjadi pemain baharu Barcelona. Menjadikan beliau penandatanganan yang kelima pada musim panas ini selepas Franck Kessie, Christian Eriksen, Ousmane Dembele (ditandatangani semula), Raphinha dan juga Robert Lewandowski.
Beberapa minggu lalu, kapten Chelsea itu sudah menyatakan hasratnya kepada pemilik baharu Chelsea, di mana dia mahu meninggalkan kelab itu, selepas sedekad di Stamford Bridge.
Azpilicueta menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk memulakan fasa baharu dalam karier bola sepaknya di Sepanyol. Dia mahu menyahut cabaran bermain untuk Barça di bawah Xavi.
Azpilicueta pada masa yang sama melihat bahawa kelab sudah menemui pengganti terbaik untuknya iaitu Reece James yang kini menjadi pemain antarabangsa England.
Chelsea, pada mulanya keberatan untuk melepaskan pemain itu, akhirnya akan menerima tawaran kelab Barça tersebut. Ianya lebih kepada menghormati permintaan Azpilicueta yang telah banyak berjasa untuk kelab tersebut.
Sudah ada perjanjian secara prinsipal di antara kedua-dua kelab. Sumber Sports turut menyatakan bahawa kini kesepakatan itu sudah dicapai. Di mana kedua dua kelab setuju dengan harga sekitar €5 juta.
Barcelona and Chelsea are in direct contact with new round of talks now scheduled to discuss about César Azpilicueta. Barça want to speed up the negotiation. 🚨🔵🔴 #FCB
Azpi, waiting for club’s agreement as Barça contract proposal is into his hands since March: deal until 2024. pic.twitter.com/okDgo5ANHV
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 19, 2022
Kebetulan bahawa kedua-dua pasukan Chelsea dan Barça sedang dalam jelajah di Amerika Syarikat, jadi jika perlu, Azpilicueta boleh menyelesaikan prosedur medikal dan menyertai Barcelona di Amerika Syarikat.
Barça setuju menandatangani pemain itu dengan kontrak selama dua musim, ditambah dengan pilihan lanjutan semusim lagi, berdasarkan data prestasinya dalam dua musim.
Bagaimanapun, antara syarat yang ingin dikenakan Chelsea sebelum mempersetujui perjanjian perpindahan ialah mencari pemain gantian yang terjamin untuk ‘Azpi’.
Ini kerana jika Azpilicueta pergi, mereka cuma ada Reece James yang benar benar kompetitif untuk posisi bek sisi dan bek tengah – jika Chelsea bermain sistem bek bertiga.
Jadi buat masa ini, Barcelona harus menunggu Chelsea mendapatkan pengganti untuk pemain itu. Antara nama yang dikaitkan ialah Josko Gvardiol. Pertahanan dari Croatia yang bermain untuk RB Leipzig – berusia 20 tahun, bek tengah dan bek kiri, yang boleh mewarisi keserbabolehan Azpilicueta dalam sistem permainan Tuchel.