Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin kini berada di Thailand dan sempat turun padang melawat sesi latihan pasukan bola sepak lelaki bawah 23 tahun (B-23) di Padang Latihan Palace Sports Nam Dinh Province hari ini.
Melalui satu kenyataan rasmi di laman facebook FAM, Hamidin mengesahkan dua pemain negara, Azam Azmi Murad dan Hairiey Hakim Mamat bakal direhatkan ekoran kecederaan yang dialami ketika menentang Thailand dimana skuad negara mencatat kemenangan 2-1.
“Selepas menerima laporan dan pandangan doktor perubatan, kedua-dua pemain itu kemungkinan besar tidak akan diturunkan untuk perlawanan seterusnya nanti (bertemu Laos) untuk memberi ruang mereka pulih sepenuhnya
“Namun ia bergantung kepada kondisi semasa pemain-pemain itu dan sudah pasti kita akan turunkan jika mereka sudah berada di tahap terbaik nanti.
“Buat masa ini, kita hanya meletakkan kedua-dua pemain ini dapat diturunkan bertemu Singapura pada 14 Mei 2022,” kata Datuk Haji Hamidin.
Azam dikejarkan ke hospital setelah beliau mengalami kecederaan akibat berlanggar dengan pemain Thailand, Jaturapat Sattham. Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan perlu menjalani proses pemulihan.
Ketua jurulatih skuad B-23 tahun negara, Brad Maloney juga sempat bergegas ke hospital daerah Nam Dinh bagi melihat keadaan pemainnya selepas perlawanan menentang tamat.
Sementara itu, Datuk Haji Hamidin tidak terlepas peluang untuk memberikan kata semangat kepada pasukan muda negara yang bakal bertemu Laos di aksi kedua di venue yang sama pada 11 Mei 2022 nanti.
“Pemain-pemain negara diingatkan untuk tidak memandang rendah lawan (Laos) ekoran setiap negara kini sudah mempunyai kelebihan masing-masing dengan prestasi yang semakin meningkat,” tambah Datuk Haji Hamidin.
Hadir sama dalam meninjau sesi latihan ialah Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad dan Timbalan CDM, Afrita Afriany Nasril.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.
Skuad Bawah 17 Tahun Malaysia Berpeluang Jalani Latihan Di Akademi Juventus
Harimau Malaya Uji Myanmar Dan Hong Kong Di Stadium Nasional Bukit Jalil