Manchester City dilaporkan telah menerima tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi, Al Nassr untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Sepanyol, Aymeric Laporte.
Baca Juga:
- Pep Guardiola Jangka Lebih Ramai Pemain Berhijrah Ke Liga Arab Saudi
- Neymar Sah Ke Liga Arab Saudi Sertai Al Hilal
- Pemilik Chelsea Arahkan Lukaku Segera Dijual Ke Arab Saudi
Jumlah sebenar tawaran gaji dan yuran perpindahan tidak didedahkan namun Fabrizio Romano mengesahkan City sudah memberi lampu hijau untuk melepaskan pemain tersebut.
Understand Al Nassr have improved their salary bid to sign Aymeric Laporte. No formal proposal yet but verbal discussions advancing on personal terms 🚨🟡🔵🇪🇸 #AlNassr
City are open to give the green light, up to the player. pic.twitter.com/685HXfP5AY
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 16, 2023
Terdapat beberapa tawaran lain untuk Laporte setakat ini termasuk dari Spurs. Namun pemain itu terlalu cerewet untuk memilih.
Manchester City telah membeli Josko Gvardiol dengan nilai £100 juta dan sudah pasti akan melepaskan Laporte segera kerana gaji pemain itu.
Laporte beberapa bulan lalu memberitahu dia mahu meninggalkan kelab itu kerana tidak mendapat jaminan minit permainan di City.
Pemain yang berusia 29 tahun itu beraksi dalam 43 perlawanan pada musim 2021/22 namun Pep Guardiola lebih banyak menggunakan khidmat Manuel Akanji dan Nathan Ake di posisi pertahanan tengah.
Jika perpindahan ke Arab Saudi jadi kenyataan, Laporte akan menyertai beberapa nama besar yang lain seperti Cristiano Ronaldo, Sadio Mane, Marcelo Brozovic dan Alex Telles yang turut menyertai Al Nassr.
Sebelum ini, bintang-bintang Liga Perdana Inggeris lain yang sudah melengkapkan perpindahan ke Arab Saudi iaitu Jordan Henderson, N’Golo Kante, Ruben Neves, Edouard Mendy dan Allan Saint-Maximin.
Guardiola sebelum memberitahu media, beliau percaya lebih ramai pemain bintang akan berhijrah ke Liga Arab Saudi, sekali gus mencetus masalah buat kelab-kelab besar di England.
Kementerian Sukan Arab Saudi menyediakan bajet sebanyak £17 bilion (RM99 bilion) untuk kelab Liga Pro Saudi bagi membawa masuk pemain berprofil tinggi sehingga 2030.
Perkembangan itu didedahkan oleh wartawan CBS, Ben Jacobs menerusi laman twitternya.
The Ministry of Sport have allocated £17bn on Saudi Pro League transfers between now and 2030.💷 pic.twitter.com/pVUzCwEnj5
— Ben Jacobs (@JacobsBen) July 24, 2023
Kylian Mbappe adalah antara bintang dunia yang menerima bidaan £259 juta (RM1.52 bilion) daripada kelab gergasi Saudi, Al Hilal. Ia adalah rekod dunia dalam sejarah perpindahan pemain bola sepak.
Juara Arab Saudi 18 kali itu turut menawarkan Mbappe tawaran menarik bernilai RM3.5 bilion setahun, yang akan menjadikannya bintang sukan meraih bayaran tertinggi sepanjang zaman.