Selepas tewas di tangan Liverpool, The Gunners akan bermain perlawanan ketiga mereka dalam masa enam hari apabila mereka bertandang ke Aston Villa.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta merasakan pasukannya telah dilayan secara tidak adil oleh Liga Perdana Inggeris dengan diberikan jadual perlawanan yang sesak.
Bulan depan pasukan utara London itu akan menghadapi satu lagi jadual sangat padat dan getir apabila mereka akan menentang Chelsea dan Manchester United dengan jarak masa tiga hari.
Jadual yang padat itu menyebabkan jurulatih itu tidak berpuas hati dan secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Liga Perdana Inggeris kerana memberi mereka kalendar yang begitu sibuk.
“Terima kasih banyak kepada Liga Perdana kerana berbuat demikian,” kata Arteta kepada pemberita selepas kekalahan kepada Liverpool.
“Dan mereka telah melakukannya sekali lagi apabila kami perlu menentang Chelsea dan Manchester United [selepas ini].”
Perlawanan menentang United akan menjadi perlawanan penting dalam persaingan kedua dua pasukan merebut 4 teratas.
“Jadi jika mereka mahu memberi mereka sebarang kelebihan, saya katakan kepada mereka hari ini: ‘Terima kasih banyak kerana melakukan itu’.”
Dia menambah: “Tidak [Liga Perdana tidak akan mengubah jadual]. Ia sentiasa mengutamakan BT, ia Sky, ia adalah begini, dan ia adalah begitu.”
“Tetapi yang terjejas adalah Arsenal dan satu-satunya perkara yang saya ambil berat dan kami yang kami kisahkan adalah Arsenal. Dan untuk Arsenal ianya [jadual tersebut] tidak adil.”
Walaupun dalam tempoh yang sibuk, Arteta berkata pemainnya akan bersedia untuk menentang Villa dalam masa beberapa hari lagi.
“Ya, 100 peratus. Jangan bimbang, pada hari Sabtu para pemain kami akan berada di sana, dengan tenaga,” katanya.
“Mereka akan makan, tidur secukupnya, tetapi terima kasih banyak kepada Liga Perdana kerana meletakkan perlawanan seperti ini. Sangat, sangat membantu,” sindir Arteta.
Arsenal masih di tempat keempat dalam carta dan berada satu mata di depan Manchester United, tetapi pasukan Arteta mempunyai dua perlawanan dalam tangan berbanding United.
"Thank you so much to the Premier League!" 🤬
A RAGING Mikel Arteta hits out at the scheduling of Arsenal's fixtures 🥵#AFC pic.twitter.com/8SKyEm6Zd4
— Hayters TV (@HaytersTV) March 16, 2022
Arsenal kini berusaha untuk memastikan mereka kembali semula ke pentas Liga Juara Juara Eropah.