Mikel Arteta kekal optimis peluang Arsenal juara EPL musim ini.  Arsenal boleh kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan ke atas Chelsea pada pagi esok waktu Malaysia.

Baca Juga:

The Gunners agak bergelut sejak akhir-akhir ini, gagal memenangi mana-mana daripada empat perlawanan terakhir mereka dan telah dipintas Manchester City di puncak pada hujung minggu.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu menewaskan Fulham 2-1 untuk mendahului Arsenal dengan kelebihan satu mata dalam perebutan gelaran dan City masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Bagaimanapun, Arteta masih belum berputus asa untuk merangkul kejuaraan EPL musim ini.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 21: New Arsenal manager Mikel Arteta (R) sits alongside Arsenal Technical Director Edu during the Premier League match between Everton FC and Arsenal FC at Goodison Park on December 21, 2019 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Simon Stacpoole/Offside/Offside via Getty Images)

Dia berharap The Gunners akan dapat bangkit dengan bergaya apabila mereka kembali ke Stadium Emirates buat kali pertama sejak seri 3-3 yang dramatik menentang Southampton.

The Gunners mengalami kekalahan 4-1 di City dalam perlawanan terbaru mereka Rabu minggu lalu.

Arteta tetap gembira Arsenal mengesahkan tempat ke UCL musim hadapan. Dan dia mahu memberikan penghargaan kepada semua pihak yang bekerja keras.

Arteta berkata: “Menang esok – itulah yang perlu kami lakukan. Dalam kekecewaan dan semangat di sekeliling [kelab].”

“Kami perlu melakukan dua perkara – mengiktiraf apa yang telah dilakukan oleh ramai orang di sekeliling kelab untuk mengembalikan kami ke dalam Liga Juara-Juara Eropah, yang sudah menjadi perkara yang sukar untuk dicapai.”

“Tidak ramai orang yang optimis bahawa kami mempunyai keupayaan untuk melakukannya [layak ke UCL] pada permulaan musim.”

“Jadi, kami perlu mula mengiktiraf kerja baik yang telah dilakukan oleh ramai orang untuk mencapainya.”

Seterusnya Arteta sangat suka dengan cabaran kedua iaitu cuba membawa Arsenal menjadi juara EPL musim ini.

“Perkara kedua – yang paling saya suka – cuba menjuarai EPL – walaupun mencapainya dengan baki enam perlawanan – sesuatu yang tidak berlaku dalam lebih sedekad di kelab ini.”

“Kami masih tidak berpuas hati, masih kecewa dan kami mahukan lebih banyak lagi. ”

“Kami mahu kelab konsisten dengan yang terbaik, itulah mentaliti yang kami perlukan dan itulah yang paling saya sukai sejak beberapa hari lalu.”

“Ianya masih belum berakhir, kami masih berada dalam kedudukan terbaik untuk bermain musim ini. 5 perlawanan lagi. Kami masih melihatnya sebagai, ianya masih belum berakhir.”

“Saya sanggup membayar banyak wang musim hadapan untuk berada dalam kedudukan kami sekarang ini paa musim hadapan sekali lagi.”

“Percaya pada saya. Saya nak maksimumkan detik yang kami ada ketika ini dan berjuang. Menang esok menentang Cheslea, itu yang kami harus lakukan.”

Seterusnya, Mikel Arteta telah memuji skuad Chelsea sebagai “luar biasa” walaupun prestasi mereka ketika ini agak teruk.

The Blues gagal memenangi mana-mana daripada lapan perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan sejak menewaskan Leicester 3-1 pada Februari lalu.

Mereka kini menduduki tangga ke-12, 24 mata besar di belakang Manchester United yang menduduki tempat keempat.

Arteta berkata: “Kami sedar mereka akan cuba datang ke Emirates untuk mengalahkan kami.”

“Mereka mempunyai pengurus yang hebat dan pemain yang luar biasa, jadi sangat sukar untuk meramalkan apa yang akan mereka lakukan kerana mereka boleh bermain dalam pelbagai cara dengan pemain yang berbeza dan kualiti yang berbeza juga.”

“Kami akan bersedia untuk perlawanan itu untuk memenanginya, itu sahaja.”

“Ia akan menjadi permainan yang sangat berbeza,” tambahnya.

“Ia adalah derby London dan mereka mempunyai sesuatu untuk dibuktikan, dan kami mempunyai sesuatu untuk dibuktikan.”

“Atmosfera di dalam stadium akan menjadi luar biasa untuk bermain di stadium itu dan kami perlu berada pada tahap terbaik kami semula.”