Arsenal ataupun The Gunners kini telah menjarakkan diri dengan kelebihan 7 mata di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-1 di Emirates pada Isnin dalam aksi Boxing Day.

Baca Juga:

Dengan Gabriel Jesus yang mengalami kecederaan, bermakna, Eddie Nketiah diberikan peluang untuk beraksi membentuk trio serangan bersama sama dengan Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli.

West Ham mendahului pada separuh masa pertama menerusi penalti oleh Benhrama. Namun akhirnya skuad bimbingan David Moyes tewas juga di tangan pasukan yang semakin mengukuhkan status sebagai pemburu kejuaraan itu.

Kekalahan di tangan Arsenal bermakna, West Ham kini berada di tangga ke-16, dan hanya 1 mata dibezakan daripada zon penyingkiran.

Ini adalah momentum terbaik Arsenal dalam usaha memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama mereka sejak 2004.

Walaupun terdapat kerisauan bahawa momentum itu boleh terganggu selepas Piala Dunia 2022. Di mana pemain utama mereka, Gabriel Jesus mengalami kecederaan.

Pemain pasukan kebangsaan Perancis, William Saliba terus diturunkan dalam aksi kali ini.

Saliba memberikan penalti kepada West Ham selepas dia menjatuhkan Bowen. Penalti pada minit ke-27 itu disempurnakan oleh Benrahma.

Arsenal menyangka mereka juga mendapat sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama tetapi VAR menarik balik keputusan itu.

Selepas rehat, Arsenal kemudian mengganas dengan kebangkitan 3 gol pada separuh masa kedua.

Pemain yang cemerlang pada Piala Dunia 2022, Bukayo Saka menjaringkan gol penyamaan minit ke-53 selepas percubaan Martin Odegaard dari luar kotak penalti tersasar, namun bola betul betul tiba di kaki Saka yang terus melakukan percubaan masuk.

Martinelli menambah gol kedua beberapa saat kemudian aksi lemah penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski, yang terlalu mudah ditewaskan di tiang terdekatnya.

Nketiah membalas kepercayaan Mikel Arteta sejak sekian lama kepadanya. Di mana pemain itu terus menunjukkan aksi cemerlangnya musim ini setiap kali berpeluang turun beraksi.

Kali ini dia menggunakan kesempatan sebaiknya sebagai pemain di kesebelasan utama dengan mencetak gol ketiga Arsenal pada minit ke-69.

Tiada lagi tambahan jaringan dilakukan oleh kedua dua pasukan.

Arsenal sudah tentunya semakin pasti akan kembali ke UCL sekali lagi pada musim hadapan. Dan kini The Gunners melebarkan kelebihan kepada 7 mata di atas puncak Liga Perdana Inggeris – di atas Newcastle yang meraih tempat kedua selepas kemenangan pada Boxing Day.

Ini juga bermakna mereka terus kekal di puncak untuk seminggu lagi, walau apa sahaja keputusan yang dicatatkan Manchester City dalam aksi selepas ini.