Arsenal diikat kelab tercorot dalam EPL iaitu Southampton dalam aksi pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Skuad bimbingan Mikel Arteta berpeluang untuk melebarkan pendahuluan kepada 7 mata di atas Man City dalam carta liga.

Southampton di hadapan seawal minit pertama menerusi Alcaraz. Ianya berpunca daripada kesilapan Aaron Ramsdale yang terhantar bola kepada lawan.

Southampton melebarkan pendahuluan pada minit ke-14 menerusi legenda Arsenal sendiri iaitu Theo Walcott. Di mana dia menerima hantaran lolos cantik dan menewaskan Ramsdale.

Arsenal bangkit merapatkan jurang gol menerusi gol Gabriel Martinelli. Di mana dia menerima hantaran Bukayo Saka dan melakukan voli cantik.

Southampton kembali 2 gol di hadapan menerusi Caleta Car selepas Ramsdale gagal mengeluarkan bola daripada sepakan penjuru.

Pada minit ke-90 Gabriel Jesus menyamakan kedudukan. Dan Arsenal cuba mencari gol kemenangan selepas itu. Tetapi gagal.

Arsenal akhirnya akur dengan keputusan seri diikat kelab tercorot yang bergelut di zon penyingkiran.

Selepas tamat perlawanan, Mikel Arteta menyatakan kekecewaannya dengan cara Arsenal bolos dalam perlawanan ini.

Arteta menegaskan bahawa pada tahap ini, mereka tidak boleh melepaskan bolos seperti yang mereka dalam lakukan dalam perlawanan ini.

Sambil menyatakan bahawa pemain harus kembalikan semula keyakinan mereka kepada tahap tertinggi untuk menghadapi baki enam perlawanan terakhir.

“Perlawanan ini bukanlah final, masih ada enam perlawanan lagi berbaki,” kata Arteta.