Arsenal kini hampir pasti terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2022/23 selepas sekali lagi keciciran mata.

Baca Juga:

Manchester City berada di ambang untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga berturu turut selepas Arsenal tewas mengejut 3-0 menentang Brighton pada Ahad.

Skuad kendalian Mikel Arteta dekejutkan dengan 3 gol pada separuh daripada Julio Enciso, dan 2 jaringan lewat menerusi Deniz Undav dan Pervis Estupinan di Stadium Emirates.

Arsenal di tempat kedua di belakang City dengan empat mata dan kekalahan untuk Gunners di Nottingham Forest pada hari Sabtu akan memberikan anak buah Pep Guardiola gelaran kelima mereka dalam tempoh enam tahun.

Dalam sepak mula lebih awal, Manchester City menang 3-0 di Everton pada awal pagi Ahad dam telah menjadikan mereka hanya dibezakan dengan 1 kemenangan sahaja daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2022/23.

Walaupun Arsenal menewaskan Forest, Man City tetap akan menjadi juara untuk musim ketiga berturut-turut jika mereka mengalahkan Chelsea di Stadium Etihad dalam perlawanan seterusnya pada 21 Mei.

City mempunyai tiga perlawanan lagi, dengan pertembungan Chelsea diikuti dengan lawatan ke Brighton dan Brentford, manakala Arsenal hanya mempunyai perlawanan di tempat sendiri menentang Wolves selepas lawatan mereka ke Forest.

Ketika City yang diuji dengan pertempuran sedang menuju ke garisan penamat, pasukan muda Arsenal telah gagal dalam usaha mereka untuk memenangi gelaran liga yang pertama sejak 2004.

Empat perlawanan tanpa kemenangan Arsenal baru-baru ini, termasuk dibelasah City 4-1, membuatkan pesaing mereka merampas kedudukan teratas.

Walaupun terlepas kejuaraan, Arsenal masih dikira menikmati musim yang sangat memberangsangkan bagi kelab London utara selepas lebih sedekad gagal mencapai kejayaan.

Mereka turut berjaya mara ke UCL buat pertama kalinya sejak 2017 dan sudah mengesahkan kedudukan sebagai naib juara liga jika mereka gagal memenangi liga sekalipun.

Brighton sebelum ini dibelasah 5-1 di tempat sendiri oleh pasukan yang bergelut dengan prestasi, Everton pada hari Isnin.

Selepas tamat perlawanan, De Zerbi melaungkan amaran bahawa mereka akan menunjukkan taring sebenar mereka di Emirates dan bertekad akan bangkit.

Brighton benar benar menunjukkan kualiti mereka. Di mana skuad Brighton tampil sangat dominan dan tajam di hadapan gol.