Terengganu sudah memulakan langkah untuk menjadikan salah seorang pemain pertahanan mereka, Argzim Redzovic sebagai pemain naturalisasi bermula pada saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Perkara ini dikongsikan oleh pengurus pasukan, Zulfadli Rozi menerusi laman media sosial Twitter miliknya dimana beliau menegaskan Argzim akan melengkapkan syarat utama iaitu lima tahun beraksi di Malaysia pada tahun hadapan.
Yupp that is our target pun when we signed him.. next season ngam 5 years and we already take early step doh towards it.. hopefully everything berjalan dgn baik inshaAllah.. 🤲
— JoeRozi (@JoeGnola) September 9, 2021
Argzim mula beraksi bersama Terengganu pada musim 2020 dan sejak itu beliau banyak terlibat dalam saingan Liga Premier bersama Terengganu II.
Meskipun banyak beraksi di divisyen kedua, namun khidmat pemain berusia 29 tahun itu diperlukan oleh pasukan utama sekiranya berlaku kecederaan yang melibatkan pertahanan dalam skuad utama.
Sebagai rekod, Argzim Redzovic mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia bersama Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) pada tahun 2018 hingga 2019 dan kemudiannya menyertai Terengganu.
Pemain kelahiran Montenegro itu juga telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita tempatan serta dikurniakan seorang cahaya mata.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Isu Pertukaran Pemain: Empat Pegawai Perlawanan Digantung Tugas Selama Tiga Bulan
Selepas Piala Belia Dan Piala Presiden, Giliran Liga Futsal Pula Dibatalkan
Aidil Sharin: Kedah Perlu Beraksi Seperti Di Final Bertemu Melaka