Salah satu pasukan gergasi di rantau Asia, Arab Saudi bakal menguji kekuatan skuad Harimau Malaya dalam satu aksi persahabatan sebelum temasya Piala Asia 2023 bermula.
Baca Juga:
- Kim Pan Gon Gembira Dengan Prestasi Harimau Malaya
- Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Malaysia Berada Di Pot 3
- Malaysia Berpotensi Jumpa Indonesia Di Kelayakan Piala Dunia 2026
Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football dimana selain Arab Saudi, skuad Harimau Malaya bakal turun menentang Oman dalam satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa.
đź—“INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH
The president of the Football Association of Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin confirmed that Malaysia squad will face the Asian giants in an international friendly next January. pic.twitter.com/fRIyLCqytN
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) August 6, 2023
Sebelum ini, Malaysia dijadual bertemu dua pasukan yang menghuni Top 100 dalam ranking FIFA iaitu Syria dan China pada perlawanan persahabatan September ini.
Skuad China kini dibimbing oleh Aleksandar Jankovic. Mereka berusaha untuk mendaki semula dalam ranking FIFA setelah terjatuh beberapa anak tangga sebelum ini.
Siaran Media: Skuad Harimau Malaya Berdepan Syria & China Bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1, September Ini
▶️ Baca penuh di https://t.co/LkShIcMDzM#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/3MCaRmkSan
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 31, 2023
Sementara itu Malaysia berada di ranking ke-137 dunia pada ketika artikel ini dihasilkan. Malaysia terus berusaha memperbaiki ranking di peringkat antarabangsa.
Seterusnya, Syria juga bukan lawan yang mudah untuk Malaysia dimana pasukan kini berada di ranking ke-94 dunia.
Sebelum beraksi di Piala Asia 2023, pasukan negara harus menghadapi dua perlawanan bagi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 16 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum bertemu pemenang antara Taiwan atau Timor Leste pada 21 November di gelanggang lawan.
Manakala baki empat lagi perlawanan akan berlangsung timbal balik, masing-masing dijadualkan berlangsung pada bulan Mac dan Jun 2024 depan.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata beliau tidak skuad negara selesa walaupun diundi bersama Kyrgyzstan, Oman dan pemenang antara Timor Leste atau Taiwan.
“Saya tidak memandang rendah bahawa sesiapun lawan kita bakal menjadi masalah kepada kita sekiranya kita tidak membuat persiapan di peringkat awal.
“Undian itu mungkin nampak pasukan agak mudah kerana kita tidak berjumpa dengan Korea, Jepun, Iran ataupun Arab Saudi.
“Saya maklum kepada Kim Pan-gon (jurulatih negara) kita kena persiapkan rumah kita dahulu. Pasukan kita haruslah mantap. Kita juga harus melihat beberapa siri persahabatan atau kejohanan pada September, Oktober dan November ini dan sampai Jun tahun depan.
“Sudah tentu kita mahu layak secara merit menjadi dua pasukan terbaik dalam Piala Asia. Bukan mudah kalau tiada persiapan rapi, jadi kita harus persiapkan pasukan,” katanya.