Bukan hari yang baik untuk Barca pada hari mereka mengumumkan kehadiran Xavi. Di mana pengurus baharu mereka itu menyaksikan pasukannya beraksi sebagai penonton.
Ini adalah aksi terakhir Barca bersama dengan interim Sergi Barjuan.
Barca mendahului 3 gol pada separuh masa pertama dalam aksi di Balaidos. .
Ansu Fati memulakan hari yang baik untuk Barca dengan gol seawal minit ke-5.
Seterusnya Sergio Busquets menambah gol lagi, 13 minit selepas gol Fati.
Kira kira 10 minit menuju ke wisel rehat, giliran Memphis Depay pula menjadikan kedudukan 3-0 untuk Barcelona.
Segalanya serba serbi menjadi untuk mereka ketika menuju ke bilik persalinan.
Namun begitu, pada separuh masa kedua, ianya bertukar menjadi mimpi ngeri. Ini kerana Barca melepaskan pendahuluan 3 gol dengan melepaskan 3 bolos.
Sebelum itu, Ansu Fati terpaksa dikeluarkan terus pada separuh masa kedua kerana kecederaan hamstring.
Ansu Fati was substituted in the first half after picking up a hamstring injury π pic.twitter.com/ICxxfzhIgr
— GOAL News (@GoalNews) November 6, 2021
Daripada 3 mata, Barca keciciran 2 mata pada masa kecederaan.
Iago Aspas memulakan hari kebangkitan Celta Vigo menerusi gol minit ke-52. Dan kemudian, bekas pemain Man City, Nolito menambah gol pada minit ke-74.
Kelekaan Barca terus dihukum pada masa kecederaan minit 90+6 oleh Iago Aspas.
Aspas equaliser π π pic.twitter.com/C4IOGOvZ5p
— Saty (@satymahajanis) November 6, 2021
Barca kemudian mengemaskini kecederaan Ansu Fati dan Eric Garcia.
Sebelum ini Barca mengesahkan bahawa Ousmane Dembele mengalami kecederaan selepas bergandingan cemerlang dengan Ansu Fati dalam aksi UCL.
LATEST NEWS |Β Ansu Fati has a left hamstring injury. Further tests pending to determine the scope of the injury.
Eric Garcia has right calf discomfort. Further tests pending to determine the cause of the discomfort. pic.twitter.com/fiX7aEfp5v
— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 6, 2021