Ange Postecoglou dianggap hipokrit tentang VAR selepas dia merungut menyatakan dia tidak suka dengan VAR yang menjadi perosak dalam aksi Spurs menentang Chelsea.

Baca Juga:

Tottenham menelan kekalahan pertama musim ini dalam EPL dengan kekalahan 1-4 di tangan musuh sebandar mereka, Chelsea.

Ange Postecoglou berkata bahawa VAR telah menjadikan bola sepak kurang menyeronokkan.

Terdapat lima gol yang tidak dibenarkan pada malam dramatik di Stadium Tottenham Hotspur.

Dengan Spurs terpaksa menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain. Cristian Romero dibuang padang selepas pemeriksaan VAR yang panjang.

Ia membuatkan Postecoglou marah dengan VAR yang terlalu lama dalam membuat keputusan.

“Saya tidak menyukainya,” kata pengurus Spurs itu. “Begitulah permainan berjalan.”

“Sebahagian daripadanya adalah disebabkan oleh diri sendiri kerana jika kita secara terbuka mengelu setiap minggu, tentang keputusan yang akan berlaku, setiap keputusan akan diperiksa secara forensik.”

‘Maka kita akan duduk lama dalam setiap perlawanan cuba memikirkan apa yang sedang berlaku.

“Saya tidak menyukainya tetapi saya mungkin berada di hutan belantara dengan itu kerana saya terus diberitahu ke mana kita mahu pergi.”

“Saya orang lama [old school], saya akan menghormati keputusan pengadil betul atau salah. Tetapi itulah cara permainan berjalan.”

“Saya tidak akan sesekali bercakap dengan pengadil mengenai peraturan permainan. Saya rasa amat sukar bagi pengadil untuk mengadilinya.”

Dia juga menegaskan bahawa VAR pada satu ketika harus menerima sahaja keputusan pengadil. Kerana apa yang berlaku sekarang akan menghakis kewibawaan pengadil.

“Pada satu ketika, kita harus terima sahaja keputusan pengadil sama ada betul atau salah. Ini menghakis kuasa pengadil, inilah hala tuju permainan ini sekarang. Mereka tidak ada kuasa, dan kuasa mereka akan dihapuskan.”

“Dan kita akan mengawal seseorang dari beberapa batu jauhnya menyaksikan skrin TV.”

“Kewibawaan mereka semakin berkurangan. Saya membesar takut dengan pengadil. Mereka seperti anggota polis.”

Postecoglou, kemudian meramalkan bahawa pengadil akhirnya akan memakai mikrofon dan menjelaskan keputusan mereka semasa perlawanan.

Ange Postecoglou kemudian dianggap hipokrit. Kerana sebelum ini dia menyindir Jurgen Klopp agar menghormati VAR dan bagaimana prosedur perlawanan berlangsung. Sambil menyatakan bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada bola sepak.

Ketika itu dia menyatakan bahawa VAR bukannya teknologi sempurna seperti yang diharapkan ramai pihak.