Ketua pasukan Vissel Kobe, Andres Iniesta menegaskan beliau belum mempunyai sebarang perancangan untuk bersara dari dunia bola sepak profesional.
Menurut bekas pemain Barcelona ini, beliau merasakan fizikalnya masih berada dalam keadaan terbaik selain selesa beraksi bersama Vissel dalam saingan Liga Jepun.
“Kadangkala saya terfikir tentang perkara itu (bersara), tetapi jika saya berkata jujur, saya rasa bukan dalam jangka waktu terdekat.
“Secara fizikal saya berasa baik dan mempunyai tahap motivasi yang tinggi. Saya gembira dan perkara ini memberikan saya kekuatan untuk terus beraksi,” kata Iniesta.
Pemenang Piala Dunia edisi 2010 itu turut menyatakan jika beliau bersara satu hari nanti, beliau mahu terus berkecimpung dalam dunia bola sepak seperti terlibat dalam dunia kejurulatihan ataupun pengurusan.
“Saya mengambil perkara itu dengan serius. Saya cuba untuk membantu sedaya-upaya apabila diperlukan,” tambahnya.
Seperti liga di sekitar rantau Asia yang lain, saingan J. League turut dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).
Jika penularan wabak COVID-19 dapat dikurangkan ataupun dikawal sepenuhnya, maka saingan akan kembali disambung pada 9 Mei ini.
Baca artikel lain mengenai saingan Liga Jepun di sini:
Andres Iniesta Menjadi Pemain Menerima Gaji Tertinggi Di Saingan J. League
Chanathip Dan Theerathon Tersenarai Dalam Kesebelasan Pemain Import Terbaik Di Saingan J. League