Analisis Malaysia vs Tajikistan – Ini ternyata satu perlawanan yang sangat berbeza dengan ketika menentang India. Di mana India memiliki barisan pertahanan yang tidak teratur dan cepat panik.

Artikel Berkaitan:

Tajikistan berbeza, mereka stabil kompak dan sangat baik menyerap tekanan tinggi ke atas mereka. Tajikistan menang 2-0 dalam aksi final Pestabola Merdeka dengan Malaysia berdepan masalah yang jelas di pertahanan.

Berikut adalah analisis kami tentang aksi Malaysia menentang Tajikistan.

1. Kesebelasan

Kim Pan Gon kali ini membuat sedikit perubahan pada kesebelasan utamanya untuk memberikan peluang kepada beberapa pemain beraksi.

Safawi Rasid kembali semula ke dalam kesebelasan utama. Bermakna Faisal Halim akan bermain di sayap kiri.

Ianya satu sistem sedikit berbeza dengan sebelum ini. Arif Aiman di posisi no.10. Sementara Brendan Gan da Endrick menjadi pemain pivot.

Jika sebelum ini Arif Aiman diberikan peranan sebagai central winger. Namun dalam perlawanan ini, perananannya lebih statik sebagai no.10 di belakang Darren Lok.

Kerana Kim Pan Gon menggunakan set serangan baharu.

Analisis Vocket: Peranan Central Winger Arif Aiman vs India

Tajikistan muncul dengan sistem permainan 4-3-3 yang asasnya adalah 4-1-4-1.

2. Kelemahan pertahanan Malaysia didedahkan dan dihukum

Ianya berlaku pada aksi berdepan dengan India. Namun lawan kita pada masa itu juga tidak bagus bertahan dan akhirnya barisan serangan Malaysia yang memberikan perbezaan.

Kali ini, Malaysia didedahkan dengan sistem permainan dengan larian dari belakang oleh pemain serangan lawan.

Ini antara situasi di mana Malaysia hampir dihukum kerana tidak ada pemain yang boleh menghentikan hantaran atau gerakan larian lewat dari kiri pertahanan Malaysia.

Corbin Ong mahu melakukan tekanan ke arah bola dan dia membiarkan ruang terlalu besar di kiri.

Dan situasi ini mencetuskan Malaysia kepada bahaya.

Ketika gol pertama, Malaysia sekali lagi kurang terurus. Dion Cools tidak selari dengan garisan pertahanan dan membenarkan pemain lawan kekal onside.

Dion Cools tidak memberitahu Dominic tentang ancaman, dan dia juga tidak melakukan track back awal.

Situasi ini, Dion Cools dan Dominic sudah tidak dapat mengekang lawan dan kedua dua mereka kelihatan ‘shut down’. Dominic Tan turut melakukan kesilapan asas bola sepak iaitu, pemain tidak mengikuti wisel.

Dia mengangkat tangan meminta ofsaid dan itu membuatkan lariannya lebih lambat.

Gol kedua lawan juga sekali lagi isu komunikasi. Apa yang cuba dilakukan Dominic Tan? Dia meminta Syihan meluru ke atas untuk menangkap bola. Penjaga gol itu terpinga pinga dan akhirnya lawan mendapat gol mudah.

Sebelum itu dia juga kelam kabut mengendalikan situasi yang seharusnya tenang namun jadi cemas kerana gagal melakukan tindakan lebih awal.

3. Tajikistan lebih stabiliti

Tajikistan benar benar pasukan yang lebih stabil. Mereka bukan pasukan dahagakan penguasaan bola / possession hungry. Namun mereka sangat baik dalam aspek pertahanan dan serangan.

Ketika bertahan mereka memilih untuk turun ke bawah dan kompak di hadapan penjaga gol. Menyukarkan Malaysia untuk berdepan dengan kekuatan fizikal mereka.

Malaysia tetap memiliki beberapa peluang terutama sekali daripada situasi bola mati. Di mana Davies dan Brendan Gan antara pemain yang mendapat peluang daripada free header.

Ketika menyerang Tajikistan lebih cepat membuat keputusan. Mereka menghantar lebih cepat dan membuat penyudah lebih cepat.

Mereka juga sangat tenang melepaskan diri daripada high pressing Malaysia dan cepat menyerang ruang di belakang.

Rumusan

Ianya adalah perlawanan yang dimenangi oleh pasukan yang lebih berdisiplin secara taktikal dan tidak terikut ikut rentak lawan.

Malaysia sebenarnya memiliki penguasaan bola yang baik. Namun bola sepak dikira berdasarkan gol. Malaysia gagal menghasilkan gol. Dan dalam bola sepak juga disebut, apabila kamu tak dapat menjaringkan gol, jangan bolos.

Ianya adalah perlawanan yang sesuai untuk Kim Pan Gon analisis semula corak pertahanan Malaysia, apabila sistem high pressing diatasi.

Ini rangkuman perlawanan: