Thailand hanya perlu menyalahkan diri sendiri dalam kekalahan tipis mereka di tangan Malaysia selepas aksi sangat dominan.
Malaysia berjaya membawa 1 gol agregat untuk ke perlawanan kedua nanti.
Permulaan
Malaysia memulakan perlawanan dengan formasi 4-2-3-1. Dengan Lee Tuck menjadi no.10.
Faisal Halim dan Safawi Rasid terus menjadi sandaran di bahagian sayap.
Thailand turun dengan formasi 4-1-3-2 yang membentuk sokongan yang kuat di belakang no.9.
Thailand dominan namun tumpul
Ini kerana mereka memiliki penguasaan bola yang sangat tinggi. Melakukan banyak percubaan gol, namun tidak satu pun yang masuk.
Secara keseluruhannya Thailand melakukan 24 percubaan ke arah gawang Harimau Malaya. Berbanding 9 sahaja yang mereka hadapi.
Namun dari segi kualiti, daripada 24 percubaan Thailand itu cuma 4 sahaja tepat dan 0 gol terhasil.
Malaysia dengan 9 shots, 1 tepat, 1 gol.
Thailand banya memebentuk 4-1-4-1 dalam permainan sebenar, dengan menarik Teerasil menjadi no.10 atau 8.
Sistem chain of 5 Malaysia
Walaupun di atas kertas Malaysia bermain dengan sistem back 4. Namun sebenarnya dalam perlawanan sebenar, mereka menarik Brendan Gan sebagai extra man di bek tengah.
Gan akan segera menyelit di tengah tengah bek tengah Malaysia untuk menjadikan sistem rantaian berlima.
Brendan Gan benar benar kunci sistem Malaysia ketika menyerang dan bertahan. Dia sangat memahami fleksibiliti yang dituntut daripadanya.
Kim Pan-gon menggunakan sistem permainan lebih defensif dalam perlawanan ini. Sentiasa meletakkan 5 pemain di garisan pertahanan paling bawah.
Sistem ini ternyata menyukarkan Thailand untuk melakukan overloading. Kerana banyak kali terjadi 1 v 1 dengan pemain Malaysia.
Jika Thailand mahukan kelebihan numerikal, mereka harus menolak leboh daripada 5 pemain di zon sepertiga akhir mereka.
Itu ternyata risiko yang besar mereka hadapi kerana Malaysia ada kemampuan melakukan serangan balas daripada 2 pemain sayap laju iaitu Safawi Rasid dan pemain yang sedang dalam momen terbaik, Faisal Halim.
Terutama sekali amaran sudah dihantar oleh Malaysia daripada gerakan ini. Malangnya penyudah pula tumpul.
Malaysia memanfaatkan kelemahan duel udara Thailand
Thailand sebenarnya ada masalah dengan duel udara. Di mana mereka seringkali tewas mudah sama ada untuk memenangi bola pertama atau kedua.
Gol pertama Malaysia adalah bukti mudah menjelaskan bagaimana mereka bermasalah dengan duel bola pertama dan kemudian tewas pada bola kedua.
Rumusan
Thailand benar benar dominan dan sudah mencuba dan sesekali mengambil risiko yang sangat tinggi dalam perlawanan ini. Namun akhirnya ketumpulan serangan mereka membuatkan mereka hampa.
Mungkin Thailand harus menarik nafas lega kerana pengadil membatalkan gol Dominic Tan yang didakwa menyiku lawannya terlebih dahulu.
Ulang tayang menunjukkan Dominic Tan tidak melakukan sebarang kekasaran ke atas pemain lawan.
Walaupun Malaysia lebih tajam, namun dari segi ciptaan peluang, Malaysia tidak cukup kreatif.
Perlawanan ini masih sangat terbuka antara kedua dua pasukan pada aksi kedua nanti.