Kim Pan-gon kali ini memberikan kepercayaan kepada Safawi Rasid untuk menjadi wide playmaker untuk pasukan Malaysia. Walaupun ada dua pemai sayap utama dalam skuad Harimau Malaya, namun peranan menjadi wide playmaker itu milik Safawi.
Baca Juga:
- Analisis: Vietnam Bergantung Chain Of 5 & Memanfaatkan Peluang
- Analisis Taktikal: Kekuatan Mental Argentina Atasi Kebangkitan Perancis
- Analisis Taktikal KL City vs Al Seeb: Pertarungan 4-4-2 Akhirnya Dipisahkan Ketajaman
Sementara Faisal Halim pula bertindak sebagai third man runner yang seringkali menyerang bola dengan larian tanpa bola.
Malaysia berjaya mengatasi Singapura dalam aksi yang akan menentukan pasukan mana akan mengiringi Vietnam ke separuh akhir.
Kim Pan-gon kali ini tampil dengan formasi berasaskan back 4.
Manakala Nishikawa pula memilih sistem dengan back 5 kerana Singapura hanya memerlukan seri untuk mara.
Sistem wide playmaker Malaysia membuat Singapura pening
Kim Pan-gon bermain dengan sistem 4-3-3 dan bertahan dengan sistem 4-2-3-1.
Safawi Rasid untuk menjadi wide playmaker untuk pasukan Malaysia.
Sementara Faisal Halim pula bertindak sebagai third man runner yang seringkali menyerang bola dengan larian tanpa bola.
Fleksibiliti yang ada pada 2 pemain sayap Malaysia membolehkan sistem ini sangat baik.
Malaysia lebih berkeinginan untuk menang daripada corak permainan menyerang dan usaha mencipta beberapa peluang awal.
Safawi Rasid dan Faisal Halim walaupun tidak menjaringkan gol, namun mereka sangat penting dalam menggerakkan serangan Malaysia.
Safawi bertindak sebagai wide playmaker untuk pasukan Malaysia. Dia seringkali melakukan hantaran mengatasi pertahanan lawan dengan keupayaannya.
Safawi sendiri menjadi pembekal assist untuk gol pertama.
Prestasi Wilkin sebagai extra man di dalam kotak penalti
Stuart Wilkin menjadi pakej kejutan di dalam kotak penalti. Dia menjadi extra man dari tengah untuk berada dalam kotak penalti.
Kebijaksanaan Wilkin berada di tempat yang betul pada masa yang betul telah membolehkannya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini.
Lihat gol kedua peribadi beliau ini bukti dia benar benar tahu cara bermain dalam kotak penalti. Melakukan half turn dan terus skor.
AFF Mitsubishi Electric Cup | Kumpulan B
MALAYSIA 3 – 0 Singapore
GOL! – Stuart Wilkin 54'
Saksikan semua perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup secara langsung hanya di Astro!#HariHariMauMenang#JomTunjukBelang pic.twitter.com/aoDnv5bsxU
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 3, 2023
Tidak hairan kalau dia dipilih menjadi pemain terbaik perlawanan.
🌟 #MASvSGP 𝗠𝗔𝗡 𝗢𝗙 𝗧𝗛𝗘 𝗠𝗔𝗧𝗖𝗛
🇲🇾 Stuart Wilkin
A brace of extraordinary goals had to do it for him 💥#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/NKAVI1J6jN
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 3, 2023
Darren Lok turut menunjukkan sekali lagi naluri penyerangnya ketika mencari posisi. Sebelum ini kita seringkali melihat Lok seorang pemain yang sangat bagus dalam menunggu bola, cuma penyudahnya kadangkala menghampakan.
Tetapi kali ini dia menjadi pemain yang berada dalam senarai penjaring.
Pertahanan lemah dan malas Singapura
Singapura melakukan terlalu banyak kesilapan ketika bertahan. Mereka berkali kali memberikan ruang dan peluang kepada Malaysia untuk menembusi mereka.
Ada beberapa ketika, Singapura menunjukkan kemalasan mereka ketika bertahan.
Secara keseluruhannya, Singapura tidak menunjukkan semangat derbi yang sebenar. Mereka membuatkan perlawanan ini terlalu mudah untuk Malaysia.
Hassan Sunny walaupun berjaya mengekang beberapa percubaan Malaysia, namun dia juga ditewaskan dengan mudah menerusi 2 gol pertama Malaysia yang membuatkan mentaliti pemain Singapura merosot.
Gandingan pertahanan bertiga Singapura sangat lemah dan tidak bermain sebagai unit.
Selain itu 2 wingback mereka, Hafiz Noor dan Van Huizen tidak tahu apa yang mereka harus lakukan ke atas Safawi Rasid dan juga Faisal Halim.
Konflik taktikal ini membolehkan Malaysia mendapat rentak awal di bahagian sayap.
Gol pertama Malaysia terhasil daripada tandukan bebas Darren Lok yang sebenarnya menanduk ke near post dan penjaga gol gagal melakukan lebih baik.
Gol keempat Aguero ini adalah rumusan sempurna bagaimana pertahanan Singapura dan penjaga gol mereka membentuk katalog kesilapan yang wajar dihukum.
AFF Mitsubishi Electric Cup | Kumpulan B
MALAYSIA 4 – 1 Singapore
GOL! – Sergio Agueroooooooooo 88'
Saksikan semua perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup secara langsung hanya di Astro!#HariHariMauMenang#JomTunjukBelang pic.twitter.com/qxLMEhrfb8
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 3, 2023
Dari segi pressing, Malaysia lebih kuat melakukan pressing di kawasan lawan. Singapura pula sangat tidak berminat melakukannya terutama sekali sebelum mereka dibolosi.
Hampir tiada intensiti pada sistem pressing mereka.
Ketumpulan serangan Singapura
Mungkin arahan taktikal mereka adalah untuk fokus kepada bertahan. Sebab itu mereka bermain dengan sistem 5-4-1.
Namun itu bukan alasan untuk tidak menyerang.
Singapura langsung tiada percubaan tepat untuk 84 minit pertama. Dan percubaan tepat mereka hanya hadir pada minit ke-85 menerusi Faris Ramli yang terus bertukar menjadi gol.
Sistem serangan Singapura adalah berasaskan serangan balas. Namun serangan balas mereka kebanyakannya dimatikan awal di zon tengah oleh Malaysia.
Rumusan
Kim Pan-gon menepati janjinya bahawa Malaysia akan bermain dengan corak permainan menyerang dan mempamerkan bola sepak yang bagus.
Penyokong Harimau Malaya sudah menunaikan tanggungjawab mereka untuk hadir dan tugasan Kim Pan-gon dan anak anak buahnya adalah menepati janji mereka.
Ini adalah statistik serangan yang dicetuskan Malaysia untuk 18 minit pertama. 17 siri serangan dilancarkan, lebih dua kali ganda daripada Singapura.
Pengurusan pasukan Kim Pan-gon jauh lebih baik daripada Takayuki Nishigawa.
Dari segi taktikal, Malaysia jauh lebih baik dan lebih semangat. Perkara yang dituntut oleh Kim Pan-gon sebelum ini. Malaysia masuk dengan pendekatan yang betul.
Dari segi impak pemain gantian, kedua dua pasukan memiliki impak yang bagus. Cuma sudah terlalu sukar untuk Singapura mengubah nasib mereka dalam kedudukan 3-0.
Apa yang pasti perlawanan ini cuma ada 1 pasukan yang berhak menang iaitu Malaysia!
Malaysia mara ke separuh akhir selepas persiapan yang penuh cabaran, boleh dikatakan Kim Pan-gon sudah melakukan tugasannya dengan baik.