Dalam analisis Malaysia vs Laos kali ini, kami menggariskan beberapa sistem permainan yang penting oleh Harimau Muda.
Malasia berjaya menyempurnakan tugasan menentang Laos dalam aksi pembukaan Sukan SEA 2023 dengan margin besar 5-1.
ANALISIS MALAYSIA VS LAONS (Sukan SEA 2023)
Bertahan bola tinggi
Ianya adalah aspek yang sangat jelas bermasalah pada separuh masa pertama. Terutama sekali situasi bola mati.
Di mana Laos berterusan memberikan ancaman daripada situasi bola mati dan bola tinggi.
Malaysia bergelut untuk memenangi bola kedua dalam situasi ini.
Beberapa kesilapan pertahanan harus diperbaiki dalam situasi iniu. Salah satu kesilapan mencetuskan gol sendiri. Ianya memang tidak disengajakan. Mana ada jaringans sendiri yang disengajakan.
Namun ianya berpunca daripada komunikasi yang kurang berkesan antara pemain.
Aspek bola panjang
Dengan kondisi padang yang teruk, taktikal bola lambung harus digunakan.
Harus diakui aksi separuh masa kedua Malaysia adalah lebih baik dalam keadaan padang seperti ini. Lebih direct dan tidak banyak menyimpan bola di garisan paling bawah.
Analisis Pelan keselamatan Malaysia
Seterusnya Elavarasan menyediakan plan ‘keselamatan’ ataupun safety plan daripada situasi padang ini.
Sentiasa ada pemain yang akan di bawah ball carrier dari bawah untuk mengelak kesilapan hilang bola. Pemain itu akan menjadi petugas terakhir untuk dirty work.
Lihat Ruventhiran di sini, dia terus turun ke bawah sedikit berbanding naik selari dengan bek di tengah.
Sama juga situasi di sini, pelan keselamatan ini sentiasa aktif.
Malaysia lebih cepat cuba memastikan bola dihantar ke dalam kotak penalti. Dan mendesak pemain Laos melakukan kesilapan.
Laos agak naif
Laos pada awalnya nampak akan mampu memberikan masalah kepada Malaysia.
Namun respon mereka selepas kesilapan jaringan sendiri adalah berbeza dengan Malaysia.
Malaysia lebih baik memberikan respon dan cepat fokus. Malaysia bermain dengan pressing yang lebih tinggi, walaupun tidak terlalu intensif.
Namun ia sudah cukup memaksa Laos yang mulai gugup dan berterusan melakukan kesilapan.
Pertahanan Laos banyak kali ball watching dan tidak kompak.
Lihat situasi ini:
Malah mencetuskan gol sendiri kedua pada masa kecederaan sebelum tamat.
Supersub Malaysia
Satu perkara yang menarik dilakukan E. Elavarasan adalah memasukkan pemain yang menjadi supersub dan membunuh permainan.
Muhammad Najmuddin menggantikan Muhammad Haqimi. Dan dia berjaya menjaringkan gol keempat dan terlibat dalam gol kelima – ketika Laos melakukan jaringan sendiri sekali lagi.
Rumusan
Ianya bukan aksi yang terlalu takikal. Kerana paling penting adalah tidak melakukan kesilapan ketika bertahan dalam keadaan padang yang sangat mencabar.
Berdasarkan analisis kami ke atas perlawanan Malaysia vs Laos ini, kita memiliki pendekatan taktikal lebih sesuai di atas permukaan padang yang ada dan lawan yang ada.
Sukan SEA 2023: Malaysia Cemerlang Baham Laoshttps://t.co/WChqP2elYv
— VOCKET FC (@vocketfc) May 3, 2023
Malaysia pada awalnya cuba banyak bermain bola rendah. Namun perlahan lahan sedar bahawa kepentingan bola tinggi dalam permainan dalam gelanggang seperti ini.
Satu kemenangan profesional dicatatkan Malaysia. Kerana jumlah jaringan yang besar ke atas Laos sangat perlu.