Malaysia terus bermain sistem high pressing ketika berdepan dengan Hong Kong. Langkah yang berani oleh Kim Pan Gon dalam melayan perlawanan kelas ini.

Malaysia turun menentang Hong Kong dalam aksi persahabatan kedua bagi bulan ramadan 2023.

Permulaan

Malaysia dan Hong Kong bermain dengan sistem 4-3-3 dalam perlawanan ini. Namun bezanya, Malaysia bermain dengan pivot tunggal dan Hong Kong dengan pivot kembar.

Kim Pan Gon memberikan kepercayaan kepada Akhyar

Tekanan awal Hong Kong

Hong Kong memberikan tekanan awal. Malaysia melakukan beberapa kesilapan yang berisiko.

Namun Malaysia mampu mengatasi risiko itu. Dalam bola sepak, memang kekuatan untuk ‘menahan kesakitan’ adalah perlu.

Hong Kong bermula dengan sangat yakin menghadirkan ancaman sejak minit kedua lagi.

Mereka juga mengancam Malaysia menerusi sepakan penjuru. Di mana beberapa kali Malaysia bermasalah dengan zonal marking dalam memenangi bola kedua.

Namun Malaysia lebih progresif dari segi permainan di mana kualiti Malaysia semakin meningkat.

Sistem high pressing Malaysia

Jika dalam aksi berdepan Turkmenistan, sistem tekanan di garisan tinggi ini membantu untuk mendesak lawan membuat kesilapan.

Dalam perlawanan ini, sistem yang sama menjadi sebab kenapa Malaysia mendapatkan gol. Terutama sekali gol pertama.

Ianya adalah ancaman yang langsung / direct daripada tekanan tinggi.

Dalam bola sepak, segalanya ada kemungkinan jika cuba melakukannya. Jika Malaysia tidak bermain dengan sistem ini, adalah mustahil untuk kita melihat penjaga gol lawan didedahkan.

Sistem high pressing Malaysia sangat mudah dan jelas iaitu menekan bola.

Pemain tidak akan pergi memikirkan soal menutup passing lane. Sebaliknya fokus menekan bola.

Ini adalah cetusan awal tekanan ke atas bola.

Ada isu dengan terlalu yakin atau terlalu casual oleh penjaga gol Hong Kong yang tidak dapat mengantisipasi ancaman daripada high pressing Malaysia.

Mungkin dia tidak dibekalkan dengan informasi secukupnya ataupun tidak tahu kekuatan sistem pressing ini. Dia memilih untuk melakukan hantaran kepada rakannya dalam situasi Malaysia sudah mewujudkan 3 v 3 di hadapannya.

Faisal Halim adalah kunci utama kepada kejayaan pressing ini. Di mana dia memenangi bola dan mendapatkan semula bola ketiga.

Melakukan sedikit maneuver dan melihat Akhyar sedang mencipta ruang di kiri.

Hong Kong mulai panik dalam situasi 2 vs 4. Dan akhirnya mereka bolos.

Hong Kong tumpul

Salah satu masalah utama Hong Kong dalam perlawanan ini adalah kualiti penyerang yang sangat teruk.

Mereka berjaya melakukan beberapa siri serangan yang baik dengan aliran bola yang bagus. Namun di dalam kotak penalti, penyerang Hong Kong tidak ada kualiti penyudah yang diperlukan.

Berbeza dengan Malaysia, di mana penyudah Malaysia lebih baik. Dengan peluang yang terhidang, Malaysia terus melakukan gol.

Rumusan

Ianya sistem permainan yang lebih teratur oleh Malaysia walaupun ada beberapa siri kesilapan. Namun kesilapan itu masih dalam julat yang boleh diatasi.

Tetapi jika menentang lawan lebih berkualiti, kesilapan itu mungkin akan memberikan impak berbeza.

Fokus kita kepada perlawanan menentang Hong Kong. Malaysia melakukan aksi dengan cara profesional dalam perlawanan ini.