Bekas ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah dilaporkan bakal menjalani ujian bersama Sabah FC sekaligus mencari peluang untuk memperkuatkan pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selain Amri, seorang lagi pemain iaitu N.Thanabalan juga akan menjalani ujian bersama kelab dari Borneo itu.
Bekas kapten Selangor Amri Yahyah tampak sudah meleraikan ikatan bersama Sarawak United apabila difahamkan akan menyertai sesi 'trial' bersama Sabah FC selain bekas tonggak skuad B23 negara N. Thanabalan.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 11, 2021
Musim lalu, Amri beraksi bersama Sarawak United setelah meninggalkan Selangor. Amri meninggalkan pasukan yang membesarkan namanya itu buat kali kedua kerana faktor tidak sehaluan dengan jurulatih ketika itu, B.Satianathan.
Walaubagaimanapun, Amri tidak mempunyai banyak peluang untuk menampilkan prestasi sebenar setelah saingan liga dipendekkan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Sarawak United menamatkan saingan Liga Perdana musim 2020 di tangga ke-10 sekaligus gagal melayakkan diri ke Liga Super musim ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Mulakan Liga Malaysia Pada 5 Mac Demi Kepentingan Semua Pihak
Sumareh Terima Tawaran Dari Korea Selatan Dan Jepun Sebelum Sertai JDT
RASMI: Melaka United Umum Alex Gonçalves Dan Manuel Ott Sebagai Pemain Import Baharu